• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Kerugian Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bursa Malaysia meneruskan kerugian ketika mengakhiri sesi pagi ini, diheret turun oleh kegiatan pengambilan untung dalam saham-saham berwajaran tinggi yang didahului oleh kaunter pembuat sarung tangan.

Pergerakan urus niaga di pasaran ekuiti Malaysia seiring dengan bursa serantau lain yang mengambil petunjuk daripada kejatuhan semalaman saham Amerika Syarikat yang menyaksikan kegiatan jualan besar-besaran untuk saham teknologinya.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 14.38 mata kepada 1,550.36 daripada 1,564.74 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 5.92 mata lebih rendah pada 1,558.82 dan bergerak antara 1,539.61 dan 1,560.95  sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan saham rugi mengatasi untung 1,019 berbalas 193 sementara 206 kaunter tidak berubah, 568 tidak diniagakan dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 13.14 bilion saham bernilai RM5.09 bilion.  

Sementara itu, di pasaran serantau – Bursa Saham Shanghai China turun 1.99 peratus kepada 3,273.75, Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.19 peratus kepada 24,842.89, Indeks Straits Times Singapura lebih rendah 0.25 peratus kepada 2,537.71 manakala Indeks Nikkei Jepun menokok 0.43 peratus kepada 22,848.92.

Ketua strategi pasaran global AxiCorp Stephen Innes berkata saham-saham di Asia kebanyakannya bergerak rendah selepas kerancakan ekuiti AS bertukar lemah pada sesi lewat dagangan di celah-celah kebimbangan mengenai pakej rangsangan di Washington.

Di pasaran tempatan, seorang peniaga berkata pasaran didagang rendah sepanjang sesi pagi dengan aktiviti jualan dalam sektor penjagaan kesihatan terutamanya saham berkaitan sarung tangan yang telah menjejaskan indek petunjuk pasaran.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM7.55, Public Bank mengukuh 20 sen kepada RM17.12 dan Tenaga menambah 12 sen kepada RM11.12. 

Saham Top Glove merosot RM2.46 kepada RM24.84 sementara Hartalega jatuh RM1.54 kepada RM16.76. 

Saham-saham paling cergas pula, Sapura Energy susut 1.5 sen kepada 13 sen, Pegasus dan Lambo, masing-masing turun setengah sen kepada 3.5 sen dan enam sen,  AT Systematization lebih rendah dua sen kepada 11 sen sementara NetX kekal pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 153.43 mata kepada 11,113.13, Indeks FBM Emas Shariah susut 298.38 mata kepada 13,016.07 dan Indeks FBMT 100 jatuh 136.66 mata kepada 10,940.61.

Indeks FBM 70 berkurangan 317.05 mata kepada 14,333.15 manakala FBM ACE kerugian 624.86 mata kepada 10,015.32.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 28.60 mata kepada 6,950.94, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 2.36 mata kepada 136.95 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 74.77 mata kepada 13,017.28.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In