fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Keseluruhannya Rendah Berikutan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah keseluruhannya hari ini berikutan pengambilan untung, dengan tekanan penjualan yang dialami saham pembuat sarung tangan masih mempengaruhi indeks petunjuk pasaran.

Pada pukul 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,556.64, susut 8.10 mata atau 0.52 peratus daripada 1,564.74 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 5.92 mata lebih rendah pada 1,558.82 dan bergerak di antara 1,539.61 dengan 1,564.38 sepanjang dagangan hari ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 19.16 bilion saham bernilai RM7.98 bilion daripada 27.80 bilion saham bernilai RM7.80 bilion semalam.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 907 berbanding 315 manakala 295 kaunter tidak berubah, 469 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Di peringkat rantau, Bursa Saham Shanghai, China susut 0.63 peratus kepada 3,319.27; Indeks Nikkei Jepun naik 0.41 peratus kepada 22,843.96; Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.42 peratus kepada 25,244.02 dan Indeks Straits Times Singapura menokok 0.62 peratus kepada 2,559.90.

Bagi peringkat tempatan, peniaga berkata pasaran diniagakan rendah sepanjang hari ini dengan jumlah dagangan kekal tinggi susulan pengambilan untung oleh pelabur runcit.

Keadaan ini berlaku memandangkan pusingan mengikut sektor bagi kalangan saham berharga rendah mengekalkan aktiviti dagangan pada paras yang tinggi, katanya.

Sementara Ahli Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata berasaskan sektor, Indeks Penjagaan Kesihatan mencatatkan prestasi paling lembap dengan penurunan sebanyak 6.11 peratus, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan mendahului senarai indeks untung dengan meningkat 1.40 peratus. 

“Sentimen pasaran Asia keseluruhannya bercampur-campur kerana penantian terhadap vaksin yang dibangunkan telah dibayangi oleh kebimbangan sama ada penggubal undang-undang AS akan menolak atau tidak persetujuan mengenai pusingan tambahan rangsangan fiskal yang bernilai besar untuk menyokong ekonominya yang masih bergelut dengan pandemik, selain optimisme ke atas rundingan perdagangan AS-China seterusnya,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 16 sen kepada RM7.65, Public Bank menokok 48 sen kepada RM17.40 dan Tenaga menambah 14 sen pada RM11.14.

Top Glove susut RM2.80 kepada RM24.50 dan Hartalega merosot RM2.18 kepada RM16.12.

Antara saham paling aktif, Sapura Energy turun satu sen kepada 13.5 sen, Borneo Oil dan Lambo masing-masing kurang setengah sen kepada tujuh sen dan enam sen, sementara NetX dan Pegasus masing-masing tidak berubah pada dua sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 118.70 mata kepada 11,147.86, Indeks FBM Emas Syariah merosot 331.66 mata kepada 12,982.79 dan Indeks FBMT 100 susut 107.43 mata kepada 10,969.84.

FBM 70 turun 337.98 mata kepada 14,312.22 dan FBM ACE jatuh 641.69 mata kepada 9,998.49.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 8.47 mata kepada 6,971.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri kurang 1.77 mata kepada 137.54 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 252.78 mata kepada 13,195.29.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 10.72 bilion saham bernilai RM5.93 bilion daripada 16.76 bilion saham bernilai RM5.68 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 949.97 juta unit bernilai RM305.06 juta daripada 604.25 juta unit bernilai RM214.24 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 7.48 bilion saham bernilai RM1.75 bilion berbanding 10.43 bilion saham bernilai RM1.90 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.94 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (2.33 bilion), pembinaan (282.09 juta), teknologi (851.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (69.54 juta), hartanah (1.22 bilion), perladangan (53.56 juta), REIT (8.15 juta), dana tertutup (48,900), tenaga (3.28 bilion), penjagaan kesihatan (206.43 juta), telekomunikasi dan media (75.37 juta), pengangkutan dan logistik (361.76 juta) serta utiliti (39.07 juta).

— BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

24 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In