- Bursa Malaysia ditutup rendah -6.92 mata. Jumlah dagangan Bursa Malaysia merekodkan jumlah dagangan terbaru lagi iaitu lebih 27.7 billion dan bernilai lebih RM 7.79 Billion.
- Setelah 3 bulan saham tenaga ‘tidur’, hari ini pedagang mula mengambil peluang terhadap saham-saham tenaga seperti SAPNRG, VELESTO, ALAM, HIBISCS, DAYANG, PERDANA, UZMA, ICON.
- Harga minyak dunia terkini adalah $42.54 (Crude Oil WTI) dan $ 45.47 (Brent Oil).
- Kerajaan telah mengumumkan harga siling untuk 3 lapis penutup muka (3-layer face mask) adalah RM 1 setiap satu. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan saham-saham berkaitan penutup muka jatuh.
- Harga emas telah jatuh lebih -36 mata menyebabkan harga terkini adalah $ 1993, secara tidak langsung membuatkan saham-saham berkaitan emas seperti NICE, TOMEI, POHKONG, BAHVEST turut terkesan.
- Perkara yang perlu alert: Malaysia dijangka akan mengumumkan laporan suku tahun ke dua KDNK pada hari Jumaat ini.