• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi, seiring dengan prestasi bursa serantau yang mengambil petunjuk daripada Wall Street semalaman yang ditutup kebanyakannya lebih kukuh.

Harapan agar perjanjian antara Presiden Donald Trump dan Senat mencapai kata sepakat berhubung pakej rangsangan terbaharu COVID-19 membantu meningkatkan sentimen.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.16 mata kepada 1,575.82 daripada 1,571.66 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 8.51 mata lebih tinggi kepada 1,580.17 dan bergerak antara 1,572.25 dan 1,581.93  sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran tampak positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 581 berbalas 514 manakala 349 kaunter tidak berubah, 534 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 16.73 bilion saham bernilai RM4.42 bilion.  

Sementara itu, bursa serantau seperti Bursa Saham Shanghai China meningkat 0.33 peratus kepada 3,390.37, Indeks Nikkei Jepun naik 1.80 peratus kepada 22,732.89, Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 2.40 peratus kepada 24,962.48 dan Indeks Straits Times Singapura menambah 0.22 peratus kepada 2,551.08.

Di pasaran tempatan, seorang peniaga berkata pasaran diniagakan tinggi sepanjang sesi pagi dengan kegiatan belian untuk sektor penjagaan kesihatan terutamanya saham pembuat sarung tangan terus menyokong indek petunjuk.

Jumlah dagangan juga kekal tinggi, disokong oleh belian berterusan oleh pelabur runcit.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM7.58, Top Glove menambah 50 sen kepada RM27.70, Public Bank naik 10 sen kepada RM16.90, Hartalega lebih tinggi sebanyak 26 sen kepada RM18.62 dan Tenaga mengembang empat sen kepada empat sen kepada RM11.06. 

Saham-saham paling cergas, Sapura Energy naik 7.5 kepada 17.5 sen, Netx Holdings meningkat setengah sen kepada 2.5 sen, AT Systematization menokok dua sen kepada 14 sen, Velesto lebih tinggi tiga sen kepada 17.5 sen sementara Trive Property lega setengah sen kepada 2.5 sen.

 Saham paling untung ialah Supermax, Top Glove dan G3 Global.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 75.15 mata kepada 11,359.71, Indeks FBM Emas Shariah 93.52 mata lebih tinggi kepada 13,446.60 dan Indeks FBMT 100 melambung 70.37 mata kepada 11,166.57.

Indeks FBM 70 meraih 253.12 mata kepada 14,810.65.42 dan FBM ACE meningkat 355.72 mata kepada 10,970.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan untung 29.29 mata kepada 12,996.74, Indeks Perladangan susut 10.83 mata kepada 7,030.62 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah sebanyak 0.06 mata kepada 140.97.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In