• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi mengambil petunjuk daripada Wall Street yang ditutup kebanyakannya tinggi berikutan harapan terhadap persetujuan antara Presiden Donald Trump dan Senat mengenai pakej rangsangan COVID-19 yang terkini.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.86 mata kepada 1,577.52 daripada 1,571.66 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks utama dibuka tinggi 8.51 mata kepada 1,580.17. 

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 456 berbanding 119, manakala 286 kaunter tidak berubah, 1,117 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.60 bilion saham bernilai RM486.76 juta.  

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota berkata seperti dijangka, wujud aktiviti pengambilan untung apabila pelabur melakukan jualan daripada kenaikan baru-baru ini.

“Kami menyaksikan ekuiti Malaysia mengekalkan pengukuhannya untuk lebih lama bagi menerima kenaikan baru-baru ini.

“Walaupun mungkin terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah, pelabur akan berhati-hati mengenai pendapatan korporat yang akan datang yang mencerminkan impak penuh daripada COVID-19,” katanya.

Bagi fokus sektor, katanya belian secara bergilir-gilir beralih kepada sektor yang mencatatkan kemajuan yang perlahan, terutamanya hartanah dan pembinaan berdasarkan metrik penilaian mereka yang lebih murah.

Sektor tenaga dijangka menyaksikan peningkatan berikutan sentimen meningkat Saudi Aramco terhadap permintaan yang menaikkan harga minyak mentah, manakala jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata akan memberikan sokongan belian secara bergilir-gilir dalam kalangan saham berkaitan FBM ACE, katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM7.51, Top Glove melonjak 96 sen kepada RM28.16,  Hartalega meningkat 24 sen kepada RM18.60, Tenaga susut dua sen kepada RM11.00, manakala Public Bank tidak berubah pada RM16.80. 

Dalam kalangan saham paling aktif, AT Systematization menambah empat sen kepada 16 sen,  Vicocom naik 1.5 sen kepada enam sen, EA Holdings meningkat setengah sen kepada lima sen manakala Priceworth dan Borneo Oil, masing-masing tidak berubah pada empat sen dan 8.5 sen.

Kaunter paling untung ialah Supermax, Top Glove dan Kossan.

Indeks FBM Emas naik 84.21 mata kepada 11,368.77, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 142.68 mata kepada 13,495.76 dan Indeks FBMT 100 menambah 79.41 mata kepada 11,175.61.

FBM 70 meningkat 253.34 mata kepada 14,810.87 manakala FBM ACE melonjak 310.21 mata kepada 10,925.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.33 mata kepada 12,950.12, Indeks Perladangan menambah 4.23 mata kepada 7,045.68 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.19 mata kepada 141.22.

— BERNAMA    

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In