• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Hartalega Akan Bayar Balik Sehingga RM40 Juta Yuran Pengambilan Dibayar Pekerja Asing

in Berita
A A
Hartalega Akan Bayar Balik Sehingga RM40 Juta Yuran Pengambilan Dibayar Pekerja Asing
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) akan membayar balik sehingga RM40 juta yuran pengambilan kerja yang sebelum ini dibayar oleh pekerja asing kepada ejen pekerjaan semasa proses pengambilan tersebut. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kuan Mun Leong berkata langkah itu adalah sejajar dengan Dasar Pengambilan Kos Sifar yang dibentuk pada April 2019, untuk melindungi kebajikan pekerja asing dan memastikan mereka bebas daripada sebarang kos pengambilan kerja. 

“Syarikat komited untuk terus meningkatkan dasar pematuhan sosial kami sejajar dengan penanda aras antarabangsa. Ini merupakan proses berterusan yang kami sentiasa menambah baik dan kami gembira untuk memaklumkan kemajuan kami setakat ini dengan pembayaran balik yuran pengambilan kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kuan berkata isu yuran pengambilan dibayar kepada pihak ketiga oleh pekerja asing adalah isu global yang kompleks, memerlukan penglibatan pelbagai pemegang berkepentingan bagi mencari penyelesaian kerana ia adalah tanggungjawab yang dikongsi bersama dan pada tahun lepas Hartalega telah berbincang dengan pelbagai pemegang kepentingan berhubung perkara itu. 

Menurutnya, awal tahun ini, syarikat itu melantik pertubuhan bukan keuntungan pihak ketiga dengan rekod pematuhan sosial dan pemulihan yuran pengambilan yang telah terbukti bagi menjalankan temu duga dengan pekerja yang terlibat.  

“Meskipun penangguhan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), temu duga ini dijalankan pada Jun 2020. 

“Kami menyasar memulakan pemulihan pada suku keempat 2020 dan dijangka selesai dalam tempoh 24 bulan. Sementara itu, kami juga bekerjasama dengan pihak bebas lain bagi menyemak semula pelan pemulihan kami,” katanya. 

— BERNAMA

Share250ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In