fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, bertentangan dengan trend bursa serantau selepas dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam sektor penjagaan kesihatan, terutamanya saham pengeluar sarung tangan.

Pada 5.00 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah 6.48 mata atau 0.41 peratus kepada 1,571.66 daripada 1,578.14 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka tinggi 1.15 mata kepada 1,579.29 dan berada antara 1,558.07 dan 1,579.29  sepanjang sesi.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 19.76 bilion saham bernilai RM7.55 bilion daripada 26.65 bilion saham bernilai RM9.04 bilion pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 617 berbanding 538, manakala 340 kaunter tidak berubah, 475 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Di peringkat serantau, saham Asia ditutup kebanyakannya tinggi, berikutan sentimen pasaran yang positif dibawa oleh harapan baharu mengenai pakej rangsangan baharu AS apabila perintah eksekutif Presiden Donald Trump baru-baru ini mendorong pembangkang Demokrat untuk kembali ke meja perbincangan.

Bursa Saham Shanghai China naik 0.75 peratus kepada 3,379.25, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.63 peratus kepada 24,377.43, dan Kospi Korea Selatan meningkat 1.48 peratus kepada 2,386.38.

Pasaran Jepun dan Singapura ditutup hari ini sempena cuti umum.

Pencarta Kanan Maybank Investment Bank Nik Ihsan Raja Abdullah berkata dagangan hari ini menyaksikan Pasaran ACE terus meningkat dengan minat daripada peniaga runcit, ditutup tinggi berbanding saham mewah dan saham berharga rendah.

“Indeks FBM KLCI ditutup pada 1,571.66, meningkat daripada paras sokongan sebelum ini pada 1,560.

“Dari segi teknikal, indeks petunjuk pasaran terdedah kepada penurunan dengan jangkaan pengumuman pendapatan yang rendah untuk keputusan suku kedua,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata mengikut sektor, Indeks Hartanah Bursa mencatatkan prestasi terbaik hari ini dengan naik lebih 1.5 peratus, manakala Indeks Teknologi Bursa mencatatkan kemajuan paling perlahan dengan susut 2.5 peratus.

“Walaupun penurunan utama terdiri daripada penggiat sarung tangan, Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa ditampan oleh kaunter farmaseutikal, iaitu Duopharma Biotech dan Pharmaniaga, yang mungkin didorong oleh peralihan daripada kaunter sarung tangan kepada kaunter farmaseutikal, disokong oleh harapan terhadap vaksin COVID-19,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Top Glove merosot 94 sen kepada RM27.20 dan Hartalega susut 78 sen kepada RM18.36.

Maybank menambah satu sen kepada RM7.52, Public Bank naik empat sen kepada RM16.80, manakala Tenaga tidak berubah pada RM11.02.

Daripada saham paling aktif, Borneo Oil menambah satu sen kepada 8.5 sen, Pegasus meningkat setengah sen kepada 4.5 sen, XOX dan Vivocom, masing-masing naik 1.5 sen kepada 30.5 sen dan 4.5 sen, manakala AT Systematization menokok dua sen kepada 12 sen.

Indeks FBM Emas susut 81.81 mata kepada 11,284.56, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 144.47 mata kepada 13,353.08 dan Indeks FBMT 100 merosot 82.60 mata kepada 11,096.20.

FBM 70 berkurangan 252.94 mata kepada 14,557.53, manakala FBM ACE melonjak 298.62 mata kepada 10,615.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 51.36 mata kepada 12,967.45, Indeks Perladangan naik 77.70 mata kepada 7,041.45 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.06 mata kepada 141.03.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 9.88 bilion saham bernilai RM5.16 bilion daripada 14.33 bilion saham bernilai RM5.84 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 491.36 juta unit bernilai RM208.53 juta daripada 649.49 juta unit bernilai RM248.86 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 9.39 bilion saham bernilai RM2.18 bilion daripada 11.66 bilion saham bernilai RM2.95 bilion pada Jumaat lepas.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.68 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (3.42 bilion), pembinaan (550.25 juta), teknologi (835.86 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (71.63 juta), hartanah (1.71 bilion), perladangan (38.19 juta), REIT (8.16 juta), dana tertutup (23,300), tenaga (925.27 juta), penjagaan kesihatan (171.11 juta), telekomunikasi dan media (98.81 juta), pengangkutan dan logistik (342.57 juta), dan utiliti (28.51 juta).

— BERNAMA

Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

19 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In