fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi tengah hari ini, dengan aktiviti pengambilan untung berterusan di sektor penjagaan kesihatan, terutamanya saham pembuat sarung tangan yang telah mengheret turun indek petunjuk utama.

Prestasi lemah ini juga seiring dengan bursa serantau lain dengan para pelabur mengambil langkah berhati-hati berikutan ketegangan baharu antara Amerika Syarikat dan China.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.01 mata kepada 0.57 peratus kepada 1,569.13 daripada 1,578.14 ketika ditutup Jumaat lepas.

Pergerakan pasaran keseluruhan pasaran adalah negatif dengan saham rugi mengatasi saham untung 529 berbalas 511 sementara 341 kaunter tidak berubah, 589 tidak diniagakan dan 18 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 11.83 bilion saham bernilai RM4.70 bilion.

Di pasaran serantau, Bursa Saham Shanghai China menokok 0.42 peratus kepada 3,368.27 sementara Indeks Nikkei Jepun jatuh 0.39 peratus kepada 22,329.94, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.36 peratus kepada 24,443.73 dan Indeks Straits Times Singapura lebih rendah 0.53 peratus kepada 2,545.51.

Ketua strategi pasaran global AxiCorp Stephen Innes berkata walaupun pasaran telah menunjukkan prestasi baik, mengabaikan pergeseran yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dan China tetapi para peniaga masih lagi bimbang kerana perundingan perdagangan yang bakal berlangsung boleh membawa risiko AS ke hadapan.

“AS dan China akan mengadakan pertemuan pada 15 Ogos ini bagi mengkaji semula fasa satu perjanjian perdagangan.  Perdagangan global terganggu dengan ketara dan sasaran yang ditetapkan dalam perjanjian itu masih lagi belum tercapai.

“Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum susut dan kekal rendah sepanjang sesi pagi kerana aktiviti jualan ke atas saham berwajaran tinggi masih lagi menjejaskan indeks petunjuk,” tambah beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove merosot 74 sen kepada RM27.40, Hartalega susut 54 sen kepada RM18.60 dan Public Bank lebih lemah sebanyak lapan sen kepada RM16.68.

Maybank menokok satu sen kepada RM7.51 dan Tenaga mengukuh 10 sen kepada RM11.12.

Saham-saham paling cergas pula, Borneo Oil, XOX  dan AT Systematization, masing-masing meningkat dua sen kepada 9.5 sen, 31 sen dan 12 sen sementara Pegasus bertambah setengah sen kepada 4.5 sen dan Vivocom menokok 1.5 sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 79.56 mata kepada 11,286.81, Indeks FBM Emas Shariah lebih rendah 118.71 mata kepada 13,378.84 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 79.89 mata kepada 11,098.91.

Indeks FBM 70 susut 168.78 mata kepada 14,641.69 sementara FBM ACE melonjak 369.81 mata kepada 10,686.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.68 mata kepada 12,910.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.52 mata kepada 140.45 sementara Indeks Perladangan mengembang 10.74 mata kepada 6,976.49.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In