fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Pagi Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum susut, mengambil petunjuk daripada prestasi berhati-hati pasaran serantau lain walaupun indeks utama AS ditutup kebanyakannya kukuh Jumaat lepas.

Para pelabur masih lagi mengawasi ketegangan baharu antara Amerika Syarikat dan China.

Pada pukul 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.27 mata kepada 1,571.87 berbanding 1,578.14 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama meningkat 1.15 mata kepada 1,579.29 ketika memulakan urus niaga pagi ini.

Bagaimanapun, pergerakan harga keseluruhan pasaran masih lagi positif dengan saham untung mengatasi rugi 464 berbalas 147, sementara 269 kaunter tidak berubah, 1,090 tidak diniagakan dan 18 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.86 bilion saham bernilai RM452.27 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam notanya berkata walaupun aktiviti dagangan mengukuh kepada rekod tinggi baharu, terdapatnya tanda-tanda kejatuhan harga sementara dengan para pelabur pantas mengaut keuntungan dalam persekitaran kemeruapan (overheating) pasaran.

 “Di pasaran tempatan, kekurangan pemangkin baharu dan ketidaktentuan politik mungkin akan mengekang sebarang peningkatan.

“Kami juga berpendapat penyusutan sementara adalah disebabkan keadaan terlebih beli dalam kalangan saham murah dan ini terbukti dengan pergerakan harga keseluruhan pasaran yang negatif,” katanya.

Untuk sektor yang menjadi tumpuan, dalam persekitaran ketidaktentuan baharu, saham-saham yang selamat (safe haven –  pelaburan yang dijangkakan lebih bernilai sewaktu berlaku masalah dalam pasaran) dilihat lebih baik, disokong oleh harga emas yang berlegar menghampiri paras tinggi sepanjang masa.

Saham berkaitan penjagaan kesihatan mungkin sekali lagi mendapat tumpuan di celah-celah peningkatan kes COVID-19 seluruh dunia, tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM7.51, Public Bank menokok empat sen kepada RM16.80 dan Tenaga naik lapan sen kepada RM11.02. 

Top Glove jatuh 16 sen kepada RM27.98 dan Hartalega lemah 92 sen kepada RM18.22.

Saham-saham paling cergas pula, Borneo Oil menokok 1.5 sen kepada sembilan sen, Trive Property, Pegasus dan XOX, masing-masing menambah satu sen kepada tiga sen, lima sen dan 30 sen manakala Vicocom meningkat setengah sen kepada 3.5 sen

Saham paling untung ialah Hong Leong, INIX Technologies dan warannya dan Adventa, manakala saham paling rugi termasuklah Malaysia Pacific Industries, Hartalega, Kossan, Rubberex dan Comfort Gloves.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 31.03 mata kepada 11,335.34, Indeks FBM Emas Shariah Iebih rendah 51.52 mata kepada 13,446.03 dan Indeks FBMT 100 merosot 35.87 mata kepada 11,142.93.

Indeks FBM 70 turun 14.33 mata kepada 14,796.14 sementara FBM ACE melonjak 405.07 mata kepada 10,721.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 35.80 mata kepada 12,951.89, Indeks Perladangan menokok 2.52 mata kepada 6,966.27 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah sebanyak 0.70 mata kepada 140.27.

— BERNAMA    

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

21 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In