Hartalega Holdings Berhad adalah pengeluar sarung tangan nitril terbesar di dunia, menghasilkan lebih 32 bilion sarung tangan setiap tahun. Sarung tangan syarikat ini kebanyakannya dieksport ke Amerika, Eropah, Asia Pasifik dan Timur Tengah.
Hartalega adalah syarikat pertama yang memperkenalkan sarung tangan sintetik nitril yang lembut, sangat hampir sifat semula jadi getah asli selain daripada sarung tangan nitril antikuman untuk kegunaan perubatan antara inovasi yang pertama di dunia.

Permintaan yang sangat tinggi terhadap industri healthcare secara langsung menjadikan syarikat pengeluar sarung tangan menjadi tumpuan berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19 yang masih menular di peringkat domestik dan global. Sehingga ke tarikh 5 hb Ogos 2020, Hartalega mencatatkan kenaikan sebanyak 262% dan ditutup pada harga RM 19.84 seunit.

Dari segi fundamental, berdasarkan penyata suku kewangan yang terbaru iaitu pada bulan Ogos 2020, Hartalega mencatatkan peningkatan yang sangat baik dari segi keuntungan syarikat. Ianya disokong oleh hasil jualan yang lebih tinggi, kos bahan mentah dan tenaga yang lebih rendah, ditambah dengan inisiatif kawalan kos syarikat untuk mengurangkan kos operasi pada suku tersebut.

Dari sudut teknikal, pergerakan carta saham Hartalega secara overall masih dalam jajaran uptrend selari dengan perkembangan keuntungan syarikat yang diperolehi. Untuk short-term, harga berlegar di paras RM 19.80 untuk membuat sedikit pullback sebelum meneruskan kenaikan. Hartalega akan cuba untuk memecahkan harga di paras rintangan dan juga All Time High iaitu pada RM 21.16 dan berpotensi untuk sampai ke target price RM 24.00.
Kajian fundamental dan teknikal bagi syarikat dinyatakan adalah untuk tujuan pembelajaran. Sebaliknya kajian mendalam diperlukan terutamanya mengenai tahap risiko pelaburan dan segala keputusan yang dibuat berdasarkan kajian ini adalah di atas tanggungjawab sendiri.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM
