fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Rancak Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum rancaknya semalam untuk dibuka lebih tinggi pagi ini dalam kebanyakan indeks, didorong oleh keuntungan berterusan dicatatkan oleh pasaran-pasaran saham Amerika Syarikat.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.24 mata kepada 1,588.81 daripada 1,588.57 ketika ditutup petang Khamis.

Ketika dibuka pagi ini, indeks utama meningkat 1.97 mata kepada 1,590.54.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kekal positif dengan kaunter-kaunter untung mengatasi rugi 415 berbalas 122 manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,140 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.49 bilion saham bernilai RM459.14 juta.  

Purata Perindustrian Dow Jones mengukuh 0.7 peratus,  peningkatan untuk lima sesi berturut-turut, disokong oleh tuntutan pengangguran yang lebih baik daripada dijangkakan iaitu pada 1.2 juta minggu lepas berbanding unjuran 1.4 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd melihat pasaran yang dipacu oleh mudah tunai atau kecairan dengan jumlah dagangan pada paras tinggi baharu akan memainkan peranan penting kepada peningkatan harga saham seterusnya di Bursa Malaysia.

Sentimen turut didorong oleh ringgit yang mengukuh kepada paras tinggi lima bulan berbanding dolar AS beserta harga minyak yang memberangsangkan.

Pada masa yang sama, ia berkata para pelabur akan terus memantau kadar pengangguran Malaysia sebagai petunjuk kepada prestasi ekonomi.

Sementara itu, syarikat broker saham itu berkata sektor penjagaan kesihatan dan saham berkaitan aset selamat atau “safe haven” (pelaburan yang dijangka akan lebih bernilai sewaktu berlaku masalah dalam pasaran) diunjur akan terus melambung.

“Harga minyak sawit mentah yang stabil melepasi paras RM2,700 satu tan kemungkinan boleh menarik beberapa minat urus niaga dalam lingkungan sektor perladangan berikutan peningkatan permintaan dari Timur Tengah dan Afrika,” katanya dalam satu nota di sini hari ini.

Dalam nota berasingan, Maybank IB Research berkata secara teknikal, FBMKLCI mungkin berada sekitar 1,570 hingga 1,620 hari ini dengan sokongan menurun pada 1,550 dan 1,515.

Saham berwajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM7.51, Top Glove naik 10 sen kepada RM28.50, Hartalega jatuh 14 sen kepada RM19.66 dan Public Bank lebih rendah enam sen kepada RM16.92.

Tenaga merosot dua sen kepada RM11.02 dan IHH lega empat sen kepada RM5.36.

Dalam kalangan saham paling cergas, Borneo Oil menambah 1.5 sen kepada 6.5 sen, Trive naik satu sen kepada dua sen dan Pegasus lebih tinggi setengah sen kepada empat sen.

Kaunter paling untung, Upa menokok 80 sen kepada RM3.50, Notion meningkat 42 sen kepada RM2.29 dan Supermax mengembang 34 sen kepada RM24.12. 

Kaunter paling rugi, Dutch Lady jatuh 20 sen kepada RM39.20, Hartalega susut 14 sen kepada RM19.66 dan Advaenta merosot 11 sen kepada RM4.60. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas  naik 16.96 mata kepada 11,493.59, Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 30.92 mata kepada 13,677.52 dan Indeks FBMT 100 meraih 12.44 mata kepada 11,292.41.

Indeks FBM 70 melonjak 58.0 mata kepada 15,109.47 dan FBM ACE melonjak 268.76 mata kepada 10,791.93.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.00 mata kepada 142.75, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 8.26 mata kepada 12,984.94 dan Indeks Perladangan menambah 19.05 mata kepada 7,091.25

— BERNAMA    

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

19 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In