fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Rendah Berikutan Perang Teknologi AS-China

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Perang teknologi antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meningkat menyebabkan Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu dan ditutup rendah hari ini.

Pada penutup, saham berkaitan teknologi menjejaki aliran penurunan Nasdaq susulan Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang melarang penduduk AS daripada menjalankan sebarang perniagaan dengan WeChat, TikTok atau pemilik aplikasi dari China berikutan Washington mahu mengekang dominasi China dalam teknologi global. 

Indeks teknologi susut 3.33 peratus dengan Malaysian Pacific Industries mendahului kaunter rugi dengan merosot 2.40 peratus kepada RM14.62. 

Sementara itu, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.65 peratus kepada 1,578.14 daripada 1,588.57 semasa ditutup semalam berikutan jualan besar-besaran dalam saham wajaran tinggi penjagaan kesihatan, Hartalega dan Top Glove susulan aktiviti pengambilan untung yang menyebabkan indeks petunjuk pasaran merosot 6.10 mata. 

Indeks utama, yang dibuka tinggi kepada 1,590.54, berada antara 1,578.14 dan 1,591.08 hari ini. 

Jumlah dagangan mencatatkan satu lagi paras tertinggi, didorong oleh dagangan yang tinggi untuk saham berharga rendah, terutamanya kaunter berkaitan teknologi. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 26.65 bilion saham bernilai RM9.04 bilion daripada 16.68 bilion saham bernilai RM8.56 bilion semalam.

 Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 794 berbanding 435, manakala 316 kaunter tidak berubah, 434 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Seorang penganalisis berkata pasaran ditutup rendah secara menyeluruh berikutan perang teknologi antara Washington dan Beijing, yang menyebabkan bursa di Asia merosot, terutamanya di Hong Kong dan China. 

Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.6 peratus kepada 24,531.62 manakala Indeks Komposit Shanghai susut 0.96 peratus kepada 3,354.03. 

“Memandangkan perang teknologi menyebabkan dua negara itu tidak sehaluan, kami menjangka bursa tempatan akan terus menerima tekanan yang membawa kepada sentimen penghindaran risiko, menjejaki pergerakan global,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee berkata jumlah dagangan tinggi yang diniagakan pada minggu ini mencerminkan kerancakan bursa tempatan. 

“Ini petunjuk yang baik kepada pasaran ekuiti tempatan, berikutan ia menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan pelabur asing,” katanya. 

Sebanyak 21 daripada 30 saham komponen FBM KLCI mencatatkan jualan besar-besaran, termasuk Hartalega (susut 66 sen kepada RM19.14), Top Glove (merosot 26 sen kepada RM28.14), Public Bank (jatuh 22 sen kepada RM16.76) dan Nestle (berkurangan RM3.00 kepada RM140.10). 

Daripada saham paling aktif, Borneo Oil menambah 2.5 sen kepada 7.5 sen, manakala Trive dan Eduspec, masing-masing meningkat satu sen kepada dua sen dan 2.5 sen. 

Dalam kalangan kaunter paling rugi, Nestle susut RM3.00 kepada RM14.10, Adventa turun RM1.05 kepada RM3.66 dan F&N merosot 90 sen kepada RM32.08.

Daripada kaunter paling untung, PPB naik 34 sen kepada RM19.24 manakala Oversea Enterprise dan KSSC, masing-masing meningkat 30 sen kepada 61.5 sen dan 79 sen. 

Indeks FBM Emas merosot 110.26 mata kepada 11,366.37, Indeks FBM Emas Shariah susut 149.05 mata kepada 13,497.55 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 101.17 mata kepada 11,178.80.

FBM 70 jatuh 240.70 mata kepada 14,810.47 dan FBM ACE susut 206.66 mata kepada 10,316.51.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.78 mata kepada 140.97, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 77.11 mata kepada 12,916.09 dan Indeks Perladangan susut 108.45 mata kepada 6,963.75.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 14.33 bilion saham bernilai RM5.84 bilion daripada 9.0 bilion saham bernilai RM5.35 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 649.49 juta unit bernilai RM248.86 juta daripada 759.05 juta unit bernilai RM242.51 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 11.66 bilion saham bernilai RM2.95 bilion daripada 6.91 bilion saham bernilai RM2.96 bilion semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 2.84 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (5.23 bilion), pembinaan (429.98 juta), teknologi (2.40 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (54.30 juta), hartanah (2.08 bilion), perladangan (54.90 juta), REIT (8.69 juta), dana tertutup (88,000), tenaga (558.69 juta), penjagaan kesihatan (105.58 juta), telekomunikasi dan media (83.45 juta), pengangkutan dan logistik (435.14 juta), dan utiliti (45.32 juta).

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In