fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Dapat Projek Bernilai RM1.47 Billion Di Abu Dhabi

in Catalyst
A A
Serba Dinamik Dapat Projek Bernilai RM1.47 Billion Di Abu Dhabi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Subsidiari milik penuh Serba Dinamik Holdings Bhd, Serba Dinamik International Ltd (SDIL) telah menerima surat anugerah dari Future Digital Data Systems LLC (FDDS) bagi melaksanakan kontrak pemerolehan, pembinaan, kejuruteraan, penyiapan sebuah pusat data dan kemudahan berkaitan seperti infrastruktur serta lanskap di Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

Projek bernilai US$350.0 juta (kira-kira RM1.47 bilion) itu dijangka bermula pada 1 Sept 2020 di Mussafah, Abu Dhabi secara berfasa dan merupakan pelan induk untuk pusat data teknologi maklumat (IT) dengan kapasiti 20MW.

“Pusat data ini boleh mengadakan sistem misi kritikal dan menyediakan perkhidmatan lokasi bersama, kesinambungan perniagaan serta kemudahan khidmat terurus kepada organisasi tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif FDDS untuk membangunkan satu siri pusat data di seluruh wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang akan menyokong aktivitinya di Abu Dhabi serta di seluruh Majlis Perbadanan Teluk (GCC) dengan menawarkan penyelesaian teknologi awan, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, Internet Pelbagai Perkara (IoT) dan Analitis Data Besar.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Karim Abdullah berkata projek itu mencerminkan kemampuan kumpulan untuk terus memenangi tender walaupun berada dalam persekitaran ketidaktentuan berikutan kegawatan ekonomi dan pandemik COVID-19.

Kumpulan yakin mampu mencatatkan satu lagi kejayaan bagi tahun kewangan berakhir 2020 memandangkan kontrak ini bukan sahaja akan meningkatkan lagi aliran utamanya tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada segmen IT. 

“Projek ini juga akan mengukuhkan jenama kami di seluruh rantau MENA.

“Walaupun projek ini menggambarkan kemampuan kumpulan yang pelbagai, selain daripada industri minyak dan gas, ia juga menunjukkan potensi yang besar dalam ICT untuk pasaran korporat dan pengguna selepas banyak perniagaan dan individu mula menggunakan amalan kerja baharu atau proses yang memerlukan teknologi di sekitar Revolusi Industri 4.0. 

“Kami lihat penggunaan ini mula meningkat sejak pandemik,” katanya.

— BERNAMA

Share242ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In