Gara-gara pandemik Koronavirus yang datang menyerang tanpa diundang, kita menyaksikan banyak perniagaan yang kena lipat dan model bisnes kian melarat.
Pun begitu, kita menyaksikan sendiri ramai billionaire baru dilahirkan dalam suasana kekalutan ekonomi yang sedang berlaku hari ini.
Seorang bakal jadi billionair, seorang lagi sudah jadi billionair kerana Covid19.
Kedua-duanya rakyat Malaysia yang buat bisnes sama, kilang sarung tangan getah pakai buang.
Yang sudah jadi billionair adalah pemilik Top Glove.
Kedua-dua syarikat ini sudah beroperasi lebih 30 tahun dan disenarai di pasaran saham dan kedua-dua syarikat ini telah menunjukkan kenaikan yang super power sejak March!
Masing-masing menunjukkan kepada kita kenaikan lebih 300% sejak pandemik diisytiharkan.
Apa yang dimaksudkan dengan kenaikan 300%?
Bayangkan begini, anda memiliki wang sebanyak RM20,000 dan anda beli saham KOSSAN pada March lepas. Pulangan yang anda miliki hari ini, begini jadinya.

RM20,000 anda tadi dah jadi RM68,398!
Cuma, dalam tempoh 5 bulan.
Pejamkan mata anda dan bayangkan.
Fuh, syurga bukan? Tanpa perlu menunggu 365 hari. Tak pernah dapat untung sebanyak itu kan?
Dan masih terdapat juga saham-saham lain selain KOSSAN yang boleh anda perhatikan untuk dijadikan sasaran. Pastinya, untuk membuat sasaran saham apa nak beli, saham yang nak dibeli tu mesti dan wajib sesuai dengan sentimen pasaran hari ini.
Soalan : Masih boleh beli kaunter dari sektor gloves?
Sebelum kita menjawab persoalan masih boleh beli atau tidak, jom kita tengok kaunter apa yang terlibat dalam sektor sarung tangan.

Disclaimer : ESCERAM kaunter glove yang tak patuh syariah ya.

Berbalik kepada soalan popular, masih boleh beli lagi atau tidak?
Secara keseluruhannya masih boleh beli selagi mana vaksin belum ditemui dan pandemik ini masih melonjak tinggi kes-kes di peringkat global.
Cuma, perlu diingatkan untuk kita sentiasa membuat trading plan sebelum entry mana-mana saham yang berkenan di hati.
Bagi mereka yang tengah simpan dan peram, sekiranya harga jatuh menembusi paras RM17.50, boleh jual dan lock profit duluKepada yang dah lama beli, harga RM17.50 nampak sesuai untuk jual jika harga dah mula jatuh.

Apa Kata Penganalisa?

Mengikut sasaran harga (price target) yang dikeluarkan oleh laporan di Bursa Marketplace, 18 analisa telah meletakkan sasaran yang rendah, iaitu 18.7% di bawah paras harga semasa iaitu RM19.18 (setakat 6 Ogos 2020).
Apa Pula Trading plan?
Trading plan ini adalah bagi memastikan anda tahu nisbah risk:reward, berapa keuntungan yang anda ingin capai, berapa kerugian yang anda sanggup rugi dan banyak lagi.
Elemen-elemen yang terdapat dalam Trading Plan
1. Entry Price (Harga Beli)
Ada beberapa kriteria anda letakkan sesuatu harga sebagai Entry Price.
2. Support (Harga Sokongan)
Tahukah anda yang harga saham ini adalah zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun?
3. Stop Loss (Harga Wajib Jual)
Biasanya ia jarang berlaku kalau analisa anda mantap, tetapi jika telah break support atau mencecah harga Stop Loss (iaitu 1-3 bid di bawah harga sokongan) – jual saja & jangan berharap harga saham tersebut akan naik.
4. Resistance (Harga Rintangan) / Target Price (Harga Sasaran Keuntungan)
Ianya adalah berlawanan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.
Akhir kata, sektor sarung tangan ‘rally’nya masih kuat.
Cuma, kita sentiasa perlu memasuki pasaran dengan persediaan yang rapi. Inshaallah, profit pasti akan anda miliki!
Penafian : Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan. Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis, ia tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)