• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan sokongan belian dalam hampir semua kaunter berkaitan indeks, menjejaki kenaikan semalaman dalam pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.30 mata kepada 1,579.43 daripada 1,568.13 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka tinggi 9.34 mata kepada 1,577.47 pada 9 pagi. 

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 518 berbanding 81, manakala 245 kaunter tidak berubah, 1,135 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.03 bilion saham bernilai RM439.31 juta.  

Walaupun Dow Jones Industrial Average meningkat 1.4 peratus untuk ditutup kepada 27,201.52, kenaikan peratusan harian terbesarnya sejak 14 Julai, Indeks Komposit Nasdaq mencatatkan rekod ke-31 pada tahun ini, ditutup tinggi 0.5 peratus kepada 10,998.40, selepas mencatatkan paras tertinggi harian pada 11,002.11.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota berkata saham berharga rendah dalam bursa tempatan dijangka terus meningkat hari ini, manakala pasaran yang didorong mudah tunai dengan jumlah dagangan pada paras tertinggi baharu sekali lagi dapat memberi dorongan kepada saham berharga rendah dalam masa terdekat.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan hari ini, katanya berikutan penurunan nilai dolar US, dengan harga emas terus melebihi paras US$2,000 satu auns (1 auns = 28.34 gram), ini dapat memberi ruang kepada penggiat berkaitan emas untuk naik lebih tinggi. 

“Sementara itu, harga minyak mentah Brent yang ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan boleh mencetuskan minat dalam sektor tenaga. Pada masa sama, sektor penjagaan kesihatan dan teknologi akan kekal sebagai peneraju berikutan permintaan yang tinggi,” menurut firma broker itu. 

Dari segi teknikal, Maybank IB Research menjangka FBM KLCI terus berada antara 1,550 dan 1,600 hari ini, dengan sokongan penurunan pada 1,550 dan 1,515.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank menambah lima sen kepada RM7.52, Top Glove meningkat 34 sen kepada RM28.28, Hartalega naik 14 sen kepada RM19.94 dan Public Bank menambah 16 sen kepada RM16.84.

Tenaga naik 18 sen kepada RM11.12 dan IHH meningkat enam sen kepada RM5.30.

Daripada saham paling aktif, XDL naik satu sen kepada 7.5 sen, manakala Borneo Oil dan Fintec, masing-masing meningkat setengah sen kepada 5.5 sen dan 13.5 sen.  

Kaunter paling untung, Upa naik 62 sen kepada RM2.70, HLT meningkat 44 sen kepada RM2.89 dan Nestle menambah 40 sen kepada RM193.80. 

Bagi kaunter paling rugi, Adventa susut 12 sen kepada RM4.96, Pentamaster merosot sembilan sen kepada RM4.65 dan Abm Fujiya turun lima sen kepada 38 sen. 

Indeks FBM Emas naik 81.23 mata kepada 11,422.41, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 106.43 mata kepada 13,584.60 dan Indeks FBMT 100 menambah 74.33 mata kepada 11,217.62.

FBM 70 meningkat 76.02 mata kepada 14,977.79 dan FBM ACE melonjak 192.25 mata kepada 10,324.33.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.18 mata kepada 139.78, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 64.10 mata kepada 12,920.21 dan Indeks Perladangan menambah 17.69 mata kepada 7,006.16.

— BERNAMA    

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In