fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Awal Dagangan Lebih Kukuh

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih kukuh, dirangsang oleh aktiviti belian berterusan di kebanyakan kaunter berkaitan indeks.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.21 mata kepada 1,576.34 daripada 1,568.13 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka 9.34 mata lebih tinggi kepada 1,577.47 pada pukul 9 pagi, bergerak antara 1,575.40 dan 1,582.16 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi dengan 553 berbalas 462, manakala 416 kaunter tidak berubah, 548 tidak diniagakan dan 26 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 9.88 bilion saham bernilai RM4.83 bilion.  

Seorang penganalisis berkata bursa tempatan terus memantau kebanyakan pasaran serantau, prestasi positif pasaran saham AS dan pergerakan harga minyak mentah Brent yang kekal melepasi paras AS$45 setong.

Bagi penyenaraian indeks pula, FBM ACE mencatatkan peningkatan 2.96 peratus kepada 10,432.88 mata dan diikuti oleh tenaga yang mengukuh 2.40 peratus kepada 775.38 mata.

Bagaimanapun, berikutan aktiviti belian rancak yang berterusan untuk saham-saham penjagaan kesihatan terpilih, indeks penjagaan kesihatan lega 0.80 peratus.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menokok empat sen kepada RM7.51, Top Glove naik 14 sen kepada RM28.08 dan Hartalega lebih tinggi dua sen kepada RM19.82.

 Public Bank, Tenaga dan IHH, masing-masing menambah enam sen kepada RM16.74, RM11.00 dan RM5.30.

Saham-saham paling cergas pula, XOX dan Borneo Oil, masing-masing meraih setengah sen kepada 26.5 sen dan 5.5 sen manakala Niche Capital memperoleh 9.5 sen kepada 21 sen.  

Antara saham paling untung, Upa naik 62 sen kepada RM2.70, sementara HLT dan Nestle, masing-masing melambung 60 sen kepada RM3.05 dan RM140.00.

Saham paling rugi pula, Carlsberg merosot 36 sen kepada RM23.20, Adventa berkurangan 31 sen kepada RM4.77 dan Bursa Malaysia turun 20 sen kepada RM10.40.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 53.93 mata kepada 11,395.11, Indeks FBM Emas Shariah melambung 75.47 mata kepada 13,553.63 dan Indeks FBMT 100 mengukuh 52.04 mata kepada 11,195.33.

Indeks FBM 70 pula menokok 45.04 mata kepada 14,946.81 dan FBM ACE mengukuh 300.80 mata kepada 10,432.88.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian untung 2.02 mata kepada 140.62, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 40.09 mata kepada 12,896.20 dan Indeks Perladangan menambah 46.74 mata kepada  7,011.98.

— BERNAMA    

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In