• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Firma Penyelidikan Kekalkan Penarafan Beli Dan Pegang Untuk Hartalega

in Trading Idea
A A
Firma Penyelidikan Kekalkan Penarafan Beli Dan Pegang Untuk Hartalega
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — CGS-CIMB Securities Sdn Bhd telah mengulangi penarafan “tambah” untuk Hartalega Holdings Bhd dengan harga sasaran baharu (TP) pada RM24.30 berbanding RM20.00 sebelumnya.

Ia berkata penarafan itu disokong oleh margin peneraju industrinya dan pada masa yang sama turut mendapat manfaat daripada persekitaran operasi semasa untuk pembuat sarung tangan.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata berdasarkan permintaan dunia yang kukuh pada masa ini, Hartalega telah memperoleh pesanan untuk semua kapasitinya sehingga akhir Mac 2021.

Seiring dengan lonjakan berterusan kes baharu harian COVID-19 seluruh dunia, syarikat menjangkakan permintaan sarung tangan global tahunan pasca-pandemik akan meningkat lebih daripada empat kali ganda daripada kadar biasa (lapan hingga 10 peratus),  terutamanya didorong oleh penggunaan sarung tangan yang tinggi, terutamanya daripada kalangan negara membangun.

Risiko menurun untuk saranannya pula termasuk kemerosotan mendadak Harga Jualan Purata (ASP); penemuan vaksin COVID-19; dan/atau wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja Hartalega.

Sementara itu, RHB Investment Bank Bhd pula telah mengekalkan saranan “beli” dan TP pada RM21.60 untuk Hartalega kerana ia menjangkakan pendapatan unjuran suku kedua tahun kewangan 2021 akan meningkat suku ke suku berikutan kenaikan ASP.

Kenanga Research turut mengulangi penarafan “prestasi lebih baik” untuk syarikat itu dengan TP meningkat kepada RM24.66 daripada RM22.30, disokong oleh pengurusannya yang mantap, terus berkembang menerusi pembangunan produk inovatif dan segmen sarung tangan nitril yang berkembang pesat.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

7 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

7 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

7 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In