• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga hari ini bercampur-campur di celah-celah dagangan tidak menentu berikutan aktiviti jualan berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih dengan diselangi belian sokongan untuk saham-saham di FBM ACE, saham berharga murah dan bermodal kecil.

Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.81 mata atau 0.49 peratus kepada 1,568.13 daripada 1,575.94 ketika ditutup sebelumnya.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 15.57 bilion saham bernilai RM8.26 bilion, rendah sedikit daripada rekod tertinggi sepanjang masa sebanyak 15.62 bilion saham bernilai RM10.44 bilion yang dicatatkan pada hari Selasa.

Indeks utama dibuka 2.88 mata lebih kukuh kepada 1,578.82 dan bergerak antara 1,566.87 dan 1,579.91 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran hari ini positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 797 berbalas 390, manakala 331 kaunter tidak berubah, 445 tidak diniagakan dan 17 lain digantung.

Remisier Maybank Investment Bank Bhd Jeffry Azizi Jaafar berkata pasaran kembali sibuk hari ini dengan para pelabur mencari pulangan pelaburan (ROI) daripada pasaran ekuiti kerana pelaburan aset tetap dijangka memberikan pulangan yang lebih rendah berikutan kadar faedah yang rendah.

“Di peringkat global, para pelabur masih bimbang dengan penularan gelombang kedua COVID-19, serta ketegangan yang kian memuncak geopolitik antara Amerika Syarikat dan China,” kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, kaunter penjagaan kesihatan terus menjadi buruan dalam kalangan para pelabur berikutan meningkatnya jangkitan COVID-19 seluruh dunia, diikuti dengan saham teknologi yang mendapat rangsangan daripada kenaikan 0.67 peratus harga saham Apple di Amerika Syarikat.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM7.47, Top Glove jatuh 42 sen kepada RM27.94, Hartalega lega 14 sen kepada RM19.80 dan Public Bank turun dua sen kepada RM16.68. 

 Tenaga tidak berubah pada RM10.94 dan Petronas Chemicals lebih rendah sembilan sen kepada RM5.73. 

Saham-saham paling cergas pula, kedua-dua Vsolar dan Borneo Oil, masing-masing menokok setengah sen kepada lima sen, Fintec meningkat tiga sen kepada 13 sen dan Bioalpha mengukuh 5.5 sen kepada 34 sen.

Saham paling meraih keuntungan, F&N melambung 98 sen kepada RM31.50, KESM menambah 72 sen kepada RM9.18 dan Bursa Malaysia mengembang 65 sen kepada RM10.60. 

Saham paling rugi, Carlsberg merosot  64 sen kepada RM23.56, Heineken susut 56 sen kepada RM21.62 dan MPI merosot 52 sen kepada RM14.84.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 6.60 mata kepada 11,341.18, Indeks FBM Emas Shariah lebih tinggi 31.67 mata kepada 13,478.16 sementara Indeks FBMT 100 turun 10.75 mata kepada 11,143.29.

Indeks FBM 70 melonjak 159.97 mata kepada 14,901.77 sementara FBM ACE melambung 471.90 mata kepada 10,132.08.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan menambah 0.05 mata kepada 138.60, Indeks Perkhidmatan Kewangan lega 25.93 mata kepada 12,856.11 sementara Indeks Perladangan berkurangan 48.28 mata kepada 6,988.47.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 7.09 bilion saham bernilai RM5.78 bilion berbanding 6.27 bilion saham bernilai RM6.85 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 804.62 juta unit bernilai RM336.64 juta daripada 1.14 bilion unit bernilai RM530.66 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE mengecil kepada 7.67 bilion saham bernilai RM2.14 bilion berbanding 8.20 bilion saham bernilai RM3.06 bilion semalam.

Produk pengguna dan perkhidmatan menguasai 1.18 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.88 bilion), pembinaan (323.62 juta), teknologi (1.29 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (572.71 juta), hartanah (852.49 juta), perladangan (118.05 juta), REIT (17.80 juta), dana tertutup (87,000), tenaga (700.88 juta), penjagaan kesihatan (180.99 juta), telekomunikasi dan media (72.09 juta), pengangkutan dan logistik (353.50 juta), dan utiliti (40.32 juta).

— BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In