• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini dengan aktiviti belian saham berharga rendah semalam masih diteruskan selain menjejaki aliran peningkatan pasaran saham Amerika Syarikat.

Pada 9.05 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sedikit sebanyak 0.13 mata kepada 1,576.07 daripada 1,576.07 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka dengan menokok 2.88 mata kepada 1,578.82 pada 9 pagi ini.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 364 berbanding 121 manakala 286 kaunter tidak berubah, 1,192 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 814.63 juta saham bernilai RM429.63 juta.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 0.6 peratus yang sebahagian besarnya dipacu oleh saham-saham Apple serta perkembangan membabitkan rundingan pakej rangsangan yang dilihat mampu menampan ketegangan Amerika Syarikat (AS)-China yang terus meruncing.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menyifatkan keadaan pasaran belum stabil berikutan sikap pelabur yang kekal berhati-hati menjelang pengumuman hasil pendapatan suku tahunan pada minggu ini.

“Kami juga melihat aktiviti belian secara bergilir-gilir membabitkan saham berharga rendah yang menguasai sentimen pasaran dan menyebabkan jumlah dagangan mencecah paras tertinggi baharu (pada Isnin),” kata firma pembrokeran dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurutnya, walaupun sektor teknologi dan penjagaan kesihatan meneruskan momentum peningkatannya namun penggiat komoditi sektor perladangan dan tenaga juga tidak kurang menjadi tumpuan apabila harga minyak sawit mentah (MSM) mencecah RM2,800 satu tan manakala harga minyak mentah melonjak ke paras hampir tertinggi dalam masa lima bulan.

Selain itu, harga emas yang turut melonjak kepada US$2,000 satu auns (1 auns = 28.34 gram) juga akan menyaksikan peningkatan aktiviti membabitkan penggiat berkaitan emas.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM7.51, Top Glove turun enam sen kepada RM28.30, Hartalega menokok 20 sen kepada RM20.14, Public Bank turun lapan sen kepada RM16.62 manakala Tenaga dan Petronas Chemicals masing-masing naik empat sen kepada RM10.98 dan RM5.86.

Bagi saham paling aktif, Hubline susut satu sen kepada lapan sen. AT turun setengah sen kepada 10 sen manakala Compugates meningkat satu sen kepada tiga sen.

Bagi saham paling untung, Nestle naik 80 sen kepada RM139.80, Rubberex naik 40 sen kepada RM7.12 dan Careplus meningkat 31 sen kepada RM5.68.

Kaunter paling rugi menyaksikan Kumpulan PPB turun 34 sen kepada RM18.52, Kossan Rubber rugi 24 sen kepada RM18.84 dan Supermax turun 22 sen kepada RM22.20.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 12.83 mata kepada 11,347.40, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 25.04 mata pada 13,471.53 dan Indeks FBMT 100 meraih 7.04 mata kepada 11,161.08.

FBM 70 meningkat 33.25 mata kepada 14,775.05 manakala FBM ACE melonjak 183.85 mata kepada 9,844.03.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.85 mata kepada 139.40, Indeks Perkhidmatan Kewangan sebaliknya susut 1.78 mata kepada 12.880.27 dan Indeks Perladangan naik 2.84 mata kepada 7.039.59.

— BERNAMA    

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In