fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Kedua F&N Susut Kepada RM93.85 Juta

in Berita
A A
Untung Bersih Suku Kedua F&N Susut Kepada RM93.85 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) untuk tempoh suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 merosot kepada RM93.85 juta daripada RM114.94 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Perolehan syarikat makanan dan minuman (F&B) itu pula turun 13.9 peratus tahun ke tahun kepada RM918.07 juta daripada RM1.07 bilion ekoran kesan teruk pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap permintaan pengguna.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, F&N berkata perolehan F&B Malaysia turun 19.3 peratus kepada RM461.4 juta di celah-celah penularan pandemik dan PKP.

Sementara itu, perolehan F&B Thailand berkurangan 7.7 peratus kepada RM455.8 juta, terutamanya disebabkan oleh penguncupan jualan di pasaran domestik dan Indochina, walaupun ia sebahagiannya telah diimbangi oleh peningkatan eksport.

Bergerak ke hadapan, kumpulan itu berkata kini terdapatnya tanda-tanda sementara pemulihan permintaan dari Malaysia, Thailand dan beberapa pasaran eksport.

“Oleh itu, kami agak yakin jualan dalam suku keempat akan lebih baik berbanding suku ketiga dengan aktiviti ekonomi telah beransur-ansur kembali seperti biasa.

“Dalam tempoh jangka panjang, kami percaya pandemik ini adalah peluang untuk membetulkan semula keadaan dan menjadi pemangkin perubahan,” kata F&N.

— BERNAMA

Share229ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In