• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Tinggi Pada Selasa

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas hari dagangan yang tidak menentu, dengan jumlah dagangan memecah rekod tertinggi lain sebanyak 15.62 bilion saham selepas melepasi rekod baharu semalam. 

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.33 mata atau 0.21 peratus kepada 1,575.94 daripada 1,572.61 semasa ditutup pada Isnin. 

Jumlah dagangan sebanyak 15.62 bilion saham bernilai RM10.44 bilion daripada 13.12 bilion saham bernilai RM8.24 bilion pada Isnin. 

Indeks utama, yang dibuka tinggi 5.63 mata kepada 1,578.24, berada antara 1,549.62 dan 1,580.87 sepanjang hari.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 608 berbanding 514, manakala 376 kaunter tidak berubah, 512 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee berkata jumlah dagangan yang tinggi disebabkan urus niaga yang tinggi dalam saham penjagaan kesihatan, teknologi dan telekomunikasi yang terus meningkatkan minat pelabur, sekali gus membawa kepada belian saham pada harga rendah dalam persekitaran dagangan yang tidak menentu. 

“Selain itu, kami berpendapat sentimen menjadi lebih yakin berikutan prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik, didorong oleh peningkatan keyakinan terhadap rang undang-undang rangsangan yang akan datang oleh kerajaan Amerika Syarikat serta aktiviti pembuatan China yang lebih baik dan berkembang pada Julai,” katanya kepada Bernama.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM7.50, Top Glove naik RM1.48 kepada RM28.36, Hartalega susut 56 sen kepada RM16.70, Public Bank menambah 14 sen kepada RM16.70 dan Tenaga merosot 16 sen kepada RM10.94. 

Daripada saham aktif, MTouche meningkat 3.5 sen kepada 11 sen, manakala AT dan XDL, masing-masing menambah setengah sen kepada 10.5 sen dan 6.5 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Supermax melonjak RM3.08 kepada RM22.42, diikuti Top Glove dan Adventa, masing-masing naik 96 sen kepada RM4.67. 

Bagi kaunter paling rugi, Nestle susut RM1.70 kepada RM139.00, F&N merosot RM1.58 kepada RM30.52 dan Carlsberg jatuh 88 sen kepada RM24.20.  

Indeks FBM Emas naik 71.99 mata kepada 11,334.57, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 102.30 mata kepada 13,446.49 dan Indeks FBMT 100 menambah 65.68 mata kepada 11,154.04

FBM 70 melonjak 251.54 mata kepada 14,741.80 dan FBM ACE naik 483.35 mata kepada 9,660.18.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.51 mata kepada 138.55, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 39.93 mata kepada 12,882.05 dan Indeks Perladangan susut 1.73 mata kepada 7,036.75.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 6.27 bilion saham bernilai RM6.85 bilion daripada 5.74 bilion saham bernilai RM5.35 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.14 bilion unit bernilai RM530.66 juta daripada 720.54 juta unit bernilai RM283.44 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 8.20 bilion saham bernilai RM3.06 bilion daripada 6.65 bilion saham bernilai RM2.60 bilion semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 2.04 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.41 bilion), pembinaan (191.03 juta), teknologi (782.43 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (53.04 juta), hartanah (487.78 juta), perladangan (149.81 juta), REIT (15.98 juta), dana tertutup (124,000), tenaga (560.70 juta), penjagaan kesihatan (205.26 juta), telekomunikasi dan media (84.33 juta), pengangkutan dan logistik (258.93 juta), dan utiliti (22.64 juta).

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In