Ramai yang mula cakap Top Glove dah sampai puncak. Benar, Top Glove kini berada di ‘puncak’ dan dijangka akan terus mendaki lagi walaupun ada yang mula bercakap tentang penemuan vaksin.
Hakikatnya, buat masa ini vaksin masih belum ditemui dan vaksin bukanlah ibarat goreng telur: pecah telur, minyak panas, goreng dan siap. Vaksin memerlukan 12-15 bulan untuk melalui beberapa fasa kajian dan percubaan sebelum boleh gunakan.
Berdasarkan data yang diperolehi daripada Wikipedia, seramai 18 juta telah dijangkiti Covid-19, 10.7 juta sembuh dan 689 ribu kematian dilaporkan seluruh dunia.
Top Glove merupakan pengeluar sarung tangan getah (gloves) terbesar di dunia. Pada pandangan peribadi dan setelah kajian teknikal di buat, Top Glove masih berada di dalam jajaran bullish dan target price terdekat bagi Top Glove ialah RM 28 sebelum menuju ke target price seterusnya RM 30.
Saham kajian ini hanyalah kajian peribadi saya bagi tujuan pendidikan dan bukanlah saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber Rujukan:
- Wikipedia
- The Star
- Penyata Kewangan Topglove