• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Lima Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (3-7 Ogos 2020)

in Catalyst
A A
Lima Catalyst Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (3-7 Ogos 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ketiga-tiga indeks utama di Bursa Saham New York (NYSE) mencatatkan kenaikan dalam penutupan pasaran minggu lalu. Para pelabur dilihat tidak mengendahkan pertambahan jumlah kes positif Covid-19 dan memberi fokus kepada saham gergasi teknologi di Amerika Syarikat (AS).

Dalam sesi akhir dagangan hari Jumaat (31 Julai 2020) saham Apple melonjak sebanyak 10% hingga mencapai rekod tertinggi $425.04, manakala Amazon naik sebanyak 4%, di mana saham Facebook menokok 8.2%. Ketiga-tiga gergasi teknologi ini pada mulanya mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik semasa penutupan pasaran pada hari Khamis (30 Julai 2020).

Walaupun catatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat terus meningkat tetapi ia tidak menghalang lonjakan yang dibuat pada lewat dagangan terakhir minggu lalu.

Risiko dalam pasaran juga datang daripada ancaman Covid-19 di beberapa kawasan hotspot yang baru dan juga perbezaan pendapat ahli Kongres AS dalam isu rangsangan ekonomi terutamanya faedah kepada penganggur sebanyak $600 seminggu yang telah tamat pada Jumaat (31 Julai 2020).

Walaubagaimanapun, risiko-risiko ini seakan tampak tidak begitu serius dalam pandangan pelabur apabila laporan kewangan gergasi teknologi menjadi pemangkin kepada kenaikan Wall Street pada lewat dagangan hari Jumaat.

Berikut adalah lima catalyst yang akan menjadi perhatian pelabur saham global pada minggu ini.

1. Politik Amerika Syarikat

Seperti yang kita tahu, rangsangan baru ekonomi Amerika Syarikat terutamanya dalam isu bantuan kewangan kepada penganggur masih belum dipersetujui antara Parti Republikan dan Demokrat di Kongres AS.

Dengan pilihanraya presiden AS semakin dekat, isu rangsangan pemulihan Covid-19 masih belum menemui kata putus dan menjadi risiko kepada pasaran saham ketika ini. Keadaan pasaran buruh belum lagi pulih dan gelombang kedua penularan di Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan.

Pelabur ketika ini sedang menanti berapakah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada rakyat AS. Pelabur mahu melihat jumlah yang mencukupi diberikan kepada mereka bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi. Sebaliknya, jika jumlah bantuan yang diberikan adalah kecil bakal menimbulkan isu kejatuhan dalam perbelanjaan isi-rumah yang bakal memburukkan data-data ekonomi di negara itu.

Perkembangan Penularan Covid-19

Satu lagi tempoh yang buruk pada minggu lalu dengan jumlah kes koronavirus meneruskan peningkatan tanpa ada tanda ia semakin perlahan.

Isu penularan ini adalah salah satu petunjuk utama kepada keyakinan pelabur dan penduduk dunia ketika ini.  Antara petunjuk positif yang memberikan sentimen positif kepada pasaran adalah; 1. kemajuan dalam penghasilan vaksin, 2. tiada peningkatan mendadak dalam kes baru seterusnya kawalan pergerakan dapat dilonggarkan, 3. kerajaan dapat membuka semula ekonomi sepenuhnya.

Minggu lalu, kita dapat lihat negara seperti Hong Kong, United Kingdom (UK) memperkenalkan semula kawalan pergerakan. Maka, apa yang mahu dlihat oleh pelabur adalah penurunan dalam jumlah kes bagi merancakkan lagi pengambilan risiko dalam aset-aset berisiko seperti saham.

Data Pekerjaan Non-Farm Payroll (NFP)

Data NFP adalah laporan ekonomi yang ditunggu-tunggu pada setiap bulan lebih-lebih lagi dalam situasi penularan wabak ketika ini. Data terkini akan dikeluarkan pada hari Jumaat (7 Ogos 2020) pukul 8.30 malam waktu Malaysia.

Minggu ini kita bakal mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang situasi semasa pasaran pekerjaan selepas kawalan diperketatkan semula pada bulan Julai. Dalam tempoh ini juga terdapat peningkatan pemberhentian pekerja oleh syarikat-syarikat di Amerika Syarikat.

Berkemungkinan tambahan pekerja di luar sektor perladangan adalah 1.5 juta pada bulan lalu iaitu hanya 33% daripada jumlah yang direkodkan pada bulan Jun menurut tinjauan yang dijalankan oleh Bloomberg.

Kadar pengangguran kali ini dijangka jatuh kepada 10.5% tetapi masih jauh lebih tinggi daripada kadar sebelum penularan Covid-19 iaitu 3.5%.

Satu lagi data penting akan dikeluarkan pada minggu ini adalah jumlah tuntutan faedah pengangguran (jobless claims) yang mana dikeluarkan setiap minggu. Data ini bakal memberi gambaran kepada kita jumlah pemberhentian pekerja pada minggu lalu.

Data-data Ekonomi AS

Amerika Syarikat juga ada beberapa data ekonomi penting yang akan dikeluarkan pada minggu ini termasuklah indeks aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan. Kedua-dua data ini penting kerana ia mewakili sebahagian besar ekonomi dengan 70% daripada keseluruhan aktiviti ekonomi datang daripada sektor perkhidmatan.

Indeks aktiviti sektor perkhidmatan atau secara spesifiknya indeks ISM Non-Manufacturing PMI dijangka merosot daripada 57.1 sebelum ini kepada bacaan 55.0 di mana tahap pertengahan adalah 50 mata yang memisahkan antara keadaan kemelesetan (<50) dan pertumbuhan (>50).

Laporan Perdagangan China

Laporan imbangan dagangan (trade balance) negara China akan dikeluarkan pada hari Jumaat (7 Ogos 2020) di mana ia bakal mencatatkan lebihan US$42.5 billion berbanding jumlah sebelum ini US$46.4 billion.

Sebagaimana dalam setiap laporan, tumpuan akan terarah kepada kenaikan atau penurunan import-eksport China untuk kita melihat tahap pemulihan yang sedang berjalan di negara itu.

Peningkatan dalam kedua-dua komponen import dan eksport menunjukkan ekonomi global sedang pulih manakala sebaliknya pula jika kedua-dua komponen merosot memberi indikator kurangnya kapasiti di China dan permintaan dunia.

Dengan isu perang dagang yang masih berterusan, komponen import-eksport antara Amerika Syariat dan China juga perlu diteliti bagi melihat kesan daripada sekatan-sekatan oleh Presiden Trump sebelum ini.

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In