Setelah tujahan harga ke atas yang kita lihat dalam sektor berkaitan sarung tangan, beberapa hari kebelakangan ini, kita mendapati sektor yang membuat prestasi yang cukup memberangsangkan adalah daripada sektor farmaseutikal.
Dalam hal ini, sebagai pedagang kita perlu faham bahawa saham sebenarnya satu perniagaan yang mana setiap satu kaunter di sebaliknya adalah berdasarkan sentimen semasa.
Peluang Dalam Sentimen Semasa
Apakah sentimen semasa itu memberikan ruang dan manfaat kepada perniagaannya?
Lantaran itu, tidak pelik apabila pandemik yang melanda dunia memberikan keuntungan lumayan kepada perniagaan yang berkaitan kepada pencegahan virus, rawatan pesakit yang terkena virus dan pastinya ini dapat kita lihat kepada sektor sarung tangan, farmaseutikal dan kesihatan.
Jadi dalam artikel kali ini, mari kita memahami dua kaunter yang turut terkait dalam industri ini.
Mari kita lihat kaunter IHH dan KPJ.
Kita mulakan dengan IHH terlebih dahulu.

Apakah IHH Healtcare?
IHH Healthcare ialah sebuah syarikat pengendali penjagaan kesihatan swasta yang terkemuka. Syarikat ini mempunyai rangkaian penjagaan kesihatan yang luas hingga peringkat antarabangsa.
Kumpulan syarikat ini dibina untuk menyediakan spektrum penuh perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan yang berkaitan untuk mewujudkan nilai mampan bagi pihak berkepentingan, termasuk penyediaan hasil klinikal yang terbaik untuk para pesakit.
Berikut adalah harga semasa pasaran bagi IHH ketika artikel ini ditulis :

Bagaimana pergerakan harga kaunter IHH?
Yang perlu difahami tentang IHH ini adalah ‘market share’nya melebihi 8 billion!
Maka tak pelik meskipun bisnesnya bagus hingga menembusi pasaran antarabangsa, pergerakannya adalah perlahan.
Untuk trader yang sukakan kelajuan pergerakan harga, kaunter IHH bukanlah pilihan terbaik. Pun begitu, untuk pelabur yang sukakan ketenangan dan matlamat pelaburan jangka masa panjang, IHH adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan.
Okay, kita beralih kepada kaunter KPJ pula.
Apakah itu KPJ?
Sebagaimana yang kita tahu, KPJ ialah satu perniagaan dalam industri kesihatan yang telah lama bertapak di negara kita.
Menariknya, KPJ Healthcare terlibat dan bergiat aktif memberikan perkhidmatan kesihatan dan kemudahan terkini yang terbaik kepada pesakit antarabangsa.
Jabatan Pelancongan Kesihatan KPJ komited untuk membuat dan memastikan pengalaman destinasi penjagaan kesihatan yang luar biasa dengan kemungkinan yang tidak terbatas dan kualiti yang luar biasa untuk memenuhi keperluan anda.
Kesan pandemik terhadap pergerakan kaunter KPJ
Apa yang berlaku selepas pandemik ini menyelubungi penduduk dunia?
Apabila bercakap tentang pelancongan kesihatan, sudah pasti perniagaan ini terjejas akibat sekatan kemasukan antarabangsa ke Malaysia. Jadi pada hemat pelabur bijak, untuk memasuki atau membeli kaunter ini, harus ditunggu pandemik ini selesai dan kemasukan antarabangsa beroperasi seperti biasa terlebih dahulu.
Kesimpulannya, sebagai pelabur dan perdagang bijak, kita perlu menggarab kesemua elemen dan memahami di sebalik pergerakan harga, apakah cerita semasa.
Bukan apa, supaya kita terhindar dari rugi yang sia-sia. Sekian.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)