fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Rangkuman Pergerakan Saham Global Pada Minggu Ini (27-31 Julai 2020)

in Catalyst
A A
Rangkuman Pergerakan Saham Global Pada Minggu Ini (27-31 Julai 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

Pasaran Wall Street ditutup lebih tinggi dalam penutupan pasaran minggu ini dengan ketiga-tiga indeks utama di Bursa Saham New York (NYSE) mencatatkan kenaikan. Para pelabur dilihat tidak mengendahkan pertambahan jumlah kes positif Covid-19 dan fokus kepada saham gergasi teknologi di Amerika Syarikat (AS).

Dalam penutupan di Bursa Saham New York pada Jumaat (31 Julai 2020), Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang mengandungi 30 syarikat terbesar dalam bursa saham Amerika Syarikat (AS) naik sebanyak 0.44% dan ditutup pada 26,428 mata.

Indeks komposit Nasdaq yang terdiri lebih daripada 2,500 syarikat ditutup pada paras 10,745 mata dengan peratusan kenaikan 1.49%

Manakala indeks S&P 500 yang sering dijadikan panduan prestasi keseluruhan ekonomi AS ditutup 0.77% lebih tinggi di paras 3,271 mata.

Saham Apple melonjak sebanyak 10% hingga mencapai rekod tertinggi $425.04, manakala Amazon naik sebanyak 4%, di mana saham Facebook menokok 8.2%. Ketiga-tiga gergasi teknologi ini pada mulanya mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik semasa penutupan pasaran pada hari Khamis (30 Julai 2020).

Walaupun catatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat terus meningkat tetapi ia tidak menghalang lonjakan yang dibuat pada lewat dagangan terakhir minggu ini. Risiko dalam pasaran juga datang daripada ancaman Covid-19 di beberapa kawasan hotspot yang baru dan juga perbezaan pendapat ahli Kongres AS dalam isu rangsangan ekonomi terutamanya faedah kepada penganggur sebanyak $600 seminggu yang telah tamat pada Jumaat (31 Julai 2020).

Walaubagaimanapun, risiko-risiko ini seakan tampak tidak begitu serius dalam pandangan pelabur apabila laporan kewangan gergasi teknologi menjadi pemangkin kepada kenaikan Wall Street pada lewat dagangan hari Jumaat.

Pasaran Asia Terjejas Akibat Kemelesetan Di Amerika Syarikat

Pasaran Asia yang ditutup lebih awal pada hari Jumaat mengalami kejatuhan selepas laporan pemberhetian pekerja di AS yang berterusan.

Dalam laporan pertumbuhan ekonomi (GDP) negara Uncle Sam itu mencatatkan kemelesetan sebanyak -32.9%, namun lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu -34.5%. Ini adalah rekod GDP paling buruk dalam sejarah ekonomi Amerika Syarikat.

Indeks utama saham Asia seperti Nikkei di Jepun jatuh sebanyak 2.82%, Kospi di Korea Selatan susut 0.78%, indeks ASX200 di Australia jatuh sehingga 2.82%.

Walaubagaimanapun, indeks utama di China, CSI300 naik 0.84%, indeks Shanghai naik 0.71%, sebaliknya indeks Hang Seng di Hong Kong susut 0.47%.

Berita positif dari China menunjukkan ekonomi kedua terbesar dunia itu mencatatkan aktiviti sektor pembuatan yang memberangsangkan pada bulan Julai dengan data tempahan eksport mengukuh walaupun terdapat kelemahan permintaan dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Data yang dikeluarkan setiap bulan itu menunjukkan ekonomi China meneruskan pemulihan secara beransur-ansur daripada pandemik koronavirus.

Namun, perkembangan ekonomi di Jepun agak membimbangkan apabila pegawai kerajaannya mengatakan pada Khamis bahawa ekonomi negara itu bakal mengalami kemelesetan sebanyak 4.5% pada tahun kewangan berakhir Mac 2021. Antara syarikat-syarikat yang akan mengumumkan laporan kewangannya pada minggu hadapan di Jepun adalah Sony Corporation, Honda Motor, Toyota Motor dan Nintendo.

Risiko Politik Beri Kesan Kepada Bursa Malaysia

Perkembangan terbaru di Bursa Malaysia menunjukkan indeks FBM KLCI jatuh di bawah paras penting 1,600 mata sekitar pukul 3 petang pada Khamis. Bursa Malaysia yang hanya dibuka bagi empat sesi dagangan minggu ini ditutup pada hari Jumaat sempena perayaan Hari Raya Aidil-Adha.

Walaubagaimanapun indeks KLCI ditutup di paras 1,603 mata pada hari Khamis dengan penurunan 0.48% daripada hari sebelumnya.

Dagangan yang tidak menentu pada hari tersebut disebabkan risiko politik terbaru di Malaysia apabila Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka tidak akan menyertai Perikatan Nasional secara formal tetapi akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama Pas.

Penganalisa berpendapat situasi panas dalam politik Malaysia ketika ini akan memberi kesan kepada Bursa Malaysia walaupun rakyat sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.

Share532ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

13 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

14 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

19 hours ago
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In