fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Airasia X Catat Kerugian Bersih RM549.7 Juta

in Berita
A A
Airasia X Catat Kerugian Bersih RM549.7 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 30 Julai  — AirAsia X Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM549.7 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020, berbanding keuntungan bersih RM43.33 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Hasil susut 21 peratus kepada RM924.09 juta apabila kapasiti tempat duduk dan bilangan penumpang menyusut, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Nadda Buranasiri berkata persekitaran operasi syarikat diburukkan lagi dengan penularan pandemik COVID-19 pada awal tahun ini.

“AirAsia X Malaysia mengurangkan kekerapan penerbangan ke semua pasaran dalam beberapa fasa bermula dengan China pada Februari,” katanya dalam satu kenyataan. 

Bagi mengurangkan kesan daripada COVID-19, syarikat itu telah merehatkan sementara kumpulan pesawat di bawah Kumpulan AirAsia X, apabila AirAsia X Malaysia menggantung semua penerbangan berjadual bermula 28 Mac dan seterusnya, manakala operasi berjadual AirAsia X Thailand digantung bermula 16 Mac.

Bagaimanapun, AirAsia X mengekalkan sebilangan kecil operasi pesawatnya bagi menyediakan bantuan kepada pihak berkuasa relevan berikutan peningkatan permintaan dalam rantaian bekalan global terhadap barangan penting dan memudahkan penghantaran pulang pelancong. 

Mengenai prospek masa depan, syarikat itu yakin permintaan akan meningkat ke arah penghujung tahun ini. 

Bagaimanapun, ia akan kekal berada dalam mod tidak aktif kerana prospek menyambung semula penerbangan berjadual bergantung kepada pemulihan permintaan perjalanan udara antarabangsa pada bulan-bulan akan datang dan apabila kawalan sempadan serta sekatan perjalanan dilonggarkan. 

— BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In