• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Moratorium Beri Kedudukan Lebih Baik Kepada Bank Untuk Bergerak Ke Hadapan

in Berita
A A
Moratorium Beri Kedudukan Lebih Baik Kepada Bank Untuk Bergerak Ke Hadapan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Moratorium bersasar memberi peluang kepada bank untuk bergerak ke hadapan dalam kedudukan lebih baik walaupun sukar untuk mengukur kecukupan peruntukan pinjaman atau keperluan kerugian kredit yang dijangka lebih tinggi pada masa ini, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.

“Kami yakin langkah-langkah ini akan membantu menjaga kualiti aset dalam masa terdekat, kebolehlihatannya kekal suram, sukar untuk mengukur kecukupan peruntukan pinjaman pada waktu ini.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan pinjaman ini dijangka memerlukan rizab jangkaan kerugian kredit yang lebih tinggi, menyebabkan risiko peningkatan kepada panduan kos kredit bagi tahun kewangan 2020,” kata Ketua Penasihat Kewangannya David Chong dalam nota penyelidikan bertajuk ‘Bantuan bersasar kepada peminjam yang terjejas’ hari ini.

Secara keseluruhannya, ia berkata, pengumuman yang dibuat semalam tidak mengubah tesis pelaburan bank itu bagi sektor berkenaan dan penarafan ‘neutral’ sektor itu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan bank akan terus membantu peminjam selepas 30 Sep 2020, namun, dengan pendekatan lebih fokus dan kepada individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terus terjejas akibat pandemik COVID-19.

Malah, Public Investment Bank turut memberikan saranan ‘neutral’ kepada sektor itu dan menurutnya ia terus memberi kecenderungan positif berikutan penilaiannya yang ketinggalan berbanding pasaran lebih luas.

Bank akan berdepan cabaran yang sukar pada tahun ini dan kemungkinan pada separuh pertama 2021 akibat impak pengurangan kadar faedah dan kemerosotan kualiti aset, katanya.

“Kami menjangka kedudukan kadar faedah semasa yang rendah akan merangsang pengembangan kredit untuk beberapa bulan akan datang berikutan pemulihan ekonomi secara berperingkat seperti pada 2009/2010.

“Pemulihan juga memberikan petanda baik terhadap keupayaan pembayaran semula dan dengan lanjutan, kualiti aset dan turut menjurus kepada normalisasi kadar faedah dan pengembangan margin,” katanya.

Pelaksanaan moratorium pada peringkat awal adalah menyeluruh (dan serta merta) yang melibatkan semua individu dan PKS dan menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, ia menjejaskan sektor perbankan kira-kira RM6.4 bilion.

“Walaupun kita tidak pasti jumlah gaji yang mereka yang dipotong dalam tempoh tertentu, pertambahan bilangan penganggur setakat Mei 2020 hanya berjumlah 318,000 mengikut data Jabatan Perangkaan,” katanya.

Setakat 20 Julai, pinjaman tertangguh/pembayaran semula pembiayaan di bawah moratorium itu, dianggarkan mencecah RM59 bilion yang memberi manfaat kepada 7.7 juta rakyat Malaysia dengan 93 peratus daripadanya ialah peminjam individu.

AmInvestment Bank Bhd yakin bantuan bersasar itu akan mengurangkan pendapatan bank secara siginifikan berbanding kerugian pengubahsuaian pada suku pertama 2020 berbanding moratorium pinjaman serta merta yang dilaksanakan sebelum ini.

Bagaimanapun, menurutnya, bank perlu menyediakan peruntukan tambahan bagi pinjaman melibatkan kemudahan penjadualan dan penstrukturan semula bagi bantuan bersasar.

Menurut firma penyelidikan itu, masih wujud tekanan kepada margin keuntungan pada separuh kedua 2020 berikutan ia menjangkakan satu lagi pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas untuk mengurangkan kadar faedah penanda aras kepada 1.50 peratus.

“Kami turut bimbang mengenai peningkatan susut nilai pinjaman selepas moratorium itu,” katanya.

Pada 11.05 pagi, lima daripada enam saham perbankan yang disenaraikan di petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah rendah manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan Bursa Malaysia turun 85.22 mata kepada 13,251.28.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In