• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Mah Sing Teroka Peluang Pertumbuhan Baharu Dalam Penjagaan Kesihatan

in Berita
A A
Mah Sing Teroka Peluang Pertumbuhan Baharu Dalam Penjagaan Kesihatan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

PELABUHAN KLANG, 30 Julai (Bernama) — Pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd meneroka peluang pertumbuhan baharu dalam penjagaan kesihatan menerusi cabang pembuatan plastiknya Mah Sing Plastics Industries Sdn Bhd (MSPI).

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini MSPI telah menggunakan kaedah untuk memproses plastik dikitar semula menjadi palet berkualiti agar lebih mesra alam dan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula bagi ekosistem yang lestari. 

“Ketika ini, kami masih berada di peringkat awal perancangan. Bagaimanapun, kami teruja untuk meneroka bahagian pertumbuhan baharu dalam penjagaan kesihatan. 

“Kami mahu mencari peluang dalam pengeluaran produk penjagaan kesihatan. Kami berhasrat untuk memanfaatkan rekod prestasi baik dan kepakaran MSPI sebagai pengeluar plastik di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.  

Sementara itu, Leong berkata segmen plastik terus memberi sumbangan positif kepada prestasi kumpulan dengan mencatatkan hasil sebanyak RM76.1 juta dan keuntungan operasi RM3.34 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2020.

Bahagian plastik mempunyai pasukan pengurusan berasingan yang menguruskannya sendiri selama bertahun-tahun. Bahagian itu ketika ini tidak memerlukan suntikan perbelanjaan modal daripada syarikat induk. 

“Bahagian plastik Mah Sing merangkumi operasi di Malaysia dan Indonesia dan merupakan anak syarikat milik penuh kumpulan, manakala operasi di Indonesia adalah anak syarikat dimiliki 65 peratus dengan senarai pelanggan termasuk Panasonic, Daihatsu, Toyota, Mitsubishi, Nissan, Mercedes Benz, dan Suzuki.

“Kira-kira 40 peratus daripada jualan dan hasil operasi plastik Malaysia disumbang oleh eksport, dengan lima pasaran eksport utama ialah Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Kilang di Malaysia menumpukan kepada produk proprietari, terutamanya produk pengendalian  bahan,” katanya. 

Menurut laporan tahunan 2019 Mah Sing, MSPI  membekalkan produk plastik seperti bekas industri, perabot, topi keledar motorsikal dan palet.

— BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In