• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Lotte Chemical Titan Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Lotte Chemical Titan Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Lotte Chemical Titan Holding Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM88.72 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2020 daripada RM104.85 juta pada suku sama tahun lepas.

Keuntungan lebih rendah itu berikutan tekanan margin operasi akibat harga jualan purata (ASP) dari tahun ke tahun, katanya.

“Kejatuhan dalam produk ASP kebanyakannya disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi berikutan penularan COVID-19 yang telah mengganggu aktiviti perniagaan global dan melemahkan permintaan pembuatan secara keseluruhan pada tahun 2020,” kata pengeluar olefin dan polyolefin dalam satu kenyataan hari ini.

Lotte berkata hasilnya susut 25.9 peratus kepada RM1.58 bilion pada bulan yang di bawah kajian daripada RM2.13 bilion sebelumnya, disebabkan oleh ASP.

Syarikat itu berkata permintaan rendah pada awal suku kedua 2020 ketika negara-negara serantau terus melaksanakan sekatan perjalanan dalam usaha mencegah penularan COVID-19.

Bagaimanapun, susulan pelonggaran sekatan perjalanan secara beransur-ansur untuk memacu aktiviti ekonomi dari Mei 2020, kumpulan itu berjaya meningkatkan volum jualannya sebanyak 1.4 peratus berbanding suku kedua, 2019, katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Lee Dong Woo berkata prospek perniagaan yang semakin baik itu akan bergantung pada tahap pemulihan ekonomi global.

“Melangkah ke hadapan, syarikat kami akan terus fokus pada inisiatif pengoptimuman prestasi operasi dan kewangan.

“Kami juga akan melakukan kajian strategik mengenai kemajuan projek ethylene baharu Lotte Chemical Indonesia atau dikenali dengan projek ‘LINE’ dalam persekitaran impak penularan COVID-19 pada ekonomi global,” katanya.

Walau apa pun persekitaran luaran, Lee berkata syarikat itu akan terus mengekalkan ketahanan kewangannya yang kukuh dengan kedudukan tunai bersih lebih daripada RM3.8 bilion, serta mengoptimumkan operasinya untuk menghadapi persekitaran perniagaan yang tidak menentu.

— BERNAMA

Share276ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In