• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Teruskan Kerugian Untuk Akhiri Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Julai  (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini dalam zon negatif dengan jualan berterusan untuk kaunter-kaunter indeks berkaitan kewangan, didahului oleh Public Bank.

Bagaimanapun, pasaran secara meluas terus disokong oleh saham-saham murah dan yang mempunyai modal kecil.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.24 mata atau 0.64 peratus kepada 1,601.18 daripada 1,611.42 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka lebih tinggi sebanyak 2.60 mata kepada 1,614.02 dan berlegar antara 1,599.40 dan 1,614.35 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran bagaimanapun bertukar kepada positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 468 berbalas 459 sementara 424 kaunter tidak berubah, 646 tidak diniagakan dan 64 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.76 bilion saham bernilai RM2.96 bilion.   

Daripada 30 komponen saham FBM KLCI, kaunter berkaitan kewangan terus mengalami tekanan jualan ekoran rancangan lanjutan moratorium bersasar yang diumumkan oleh kerajaan semalam.

Public Bank merosot 36 sen kepada RM17.18, Maybank jatuh lima sen kepada RM7.70, CIMB jatuh empat sen kepada RM3.56, Hong Leong Financial lemah 16 sen kepada RM13.48, RHB Bank pula susut satu sen kepada RM4.99.

Hong Leong Bank pula kekal pada RM15.00.

Dalam kalangan saham paling cergas, Lambo menokok satu sen kepada lima sen, BCM Alliance naik tiga sen kepada 32 sen,  Priceworth International meningkat setengah sen kepada 3.5 sen, XOX rugi satu sen kepada 24.5 sen manakala Borneo Oil kekal pada 4.5 sen.

Saham yang mencatatkan kerugian pula, Nestle turun RM1.50 kepada RM140.50 sementara saham paling untung, MPI mengukuh 70 sen kepada RM13.40.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kerugian 33.43 mata kepada 11,435.87, Indeks FBM Emas Shariah turun 11.22 mata kepada 13,454.13 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 38.50 mata kepada 11,269.48.

Indeks FBM 70 bagaimanapun meningkat 81.86 mata kepada 14,647.20 dan FBM ACE lebih tinggi 127.0 mata kepada 8,650.87.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkurangan 134.49 mata kepada 13,202.02, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.96 mata kepada 141.46 dan Indeks Perladangan menguncup 3.87 mata kepada 7,136.54.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In