• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bergerak Rendah Pagi Ini Kerana Kekurangan Pemangkin Baharu

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, July 30 (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum melungsur turun berikutan kekurangan pemangkin baharu menjelang cuti hujung minggu dan Hari Raya Aidiladha selama tiga hari, bermula esok.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.26 mata atau 0.14 peratus kepada 1,609.16 daripada 1,611.42 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 2.60 mata lebih tinggi kepada 1,614.02 pada pukul 9 pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mendahului rugi 299 berbalas 132 manakala 286 kaunter tidak berubah, 1,280 tidak diniagakan dan 64 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 584.24 juta saham bernilai RM261.77 juta.  

Mengulas mengenai urus niaga hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan langkah kerajaan melanjutkan moratorium selama tiga bulan lagi untuk kumpulan bersasar, yang mungkin boleh mengurangkan paras pinjaman tidak berbayar, memberikan sedikit kelebihan kepada sektor kewangan.

“Sementara itu, saham berkaitan penjagaan kesihatan mungkin akan terus menerajui senarai pencatat keuntungan sementara sektor tenaga boleh mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak Brent yang ditutup menghampiri paras tinggi dua minggu (lebih daripada AS$43 setong),” katanya dalam nota  firma itu.

Mengenai keputusan Rizab Persekutuan AS untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras antara 0 dan 0.25 peratus, firma itu berkata persekitaran kadar faedah yang rendah menunjukkan kecairan akan kekal dalam lingkungan pasaran saham dan aset yang memberikan pulangan yang tinggi.

“Untuk sekarang, FBM KLCI juga berada di landasan yang tepat untuk memberikan keuntungan bulanan terbesar sejak Oktober 2011,” tambahnya.

Secara teknikal, Malacca Securities berpendapat 1,615 akan berfungsi sebagai paras halangan segera yang telah diuji oleh indeks utama semalam, dengan tahap halangan seterusnya ialah pada 1,630, dan sokongan pada 1,585 dan diikuti dengan 1,560.

Saham-saham berwajaran tinggi, Maybank dan Top Glove, masing-masing meningkat dua sen kepada RM7.77 dan RM26.16, Hartalega menokok enam sen kepada RM20.18, Public Bank susut empat sen kepada RM17.50 sementara Tenaga kekal pada RM11.42.

Dalam kalangan saham paling cergas, Priceworth International dan XOX, masing-masing naik setengah sen kepada 3.5 sen dan 26 sen, BCM Alliance menambah dua sen kepada 31 sen, LKL International lebih tinggi tiga sen kepada 92.5 sen sementara Borneo Oil kekal pada 4.5 sen.

Saham untung termasuk Ajinomoto yang menambah 50 sen kepada RM15.50, MPI meningkat 40 sen kepada RM13.10 dan Sam Engineering and Equipment lebih tinggi 31 sen kepada RM7.52.

Sementara itu, saham rugi utama termasuklah Bursa Malaysia dan Petronas Chemicals, masing-masing susut 12 sen kepada RM9.48 dan RM6.16. Malaysia Airport pula jatuh tujuh sen kepada RM5.06.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 1.75 mata kepada 11,471.05,  Indeks FBM Emas Shariah lebih kukuh 10.37 mata kepada 13,475.72 tetapi Indeks FBMT 100 Index merosot 3.70 mata kepada 11,304.28.

Indeks FBM 70 meningkat 43.02 mata kepada 14,608.36 dan FBM ACE menambah 80.47 mata kepada 8,604.35.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.46 mata kepada 141.96,  Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.29 mata kepada 13,316.229 dan Indeks Perladangan rugi 10.98 mata kepada 7,129.43.

— BERNAMA  

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In