• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Susut Bawah 1,600 Mata Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia merosot pada sesi tengah hari, diheret turun terutamanya oleh kaunter Hartalega dan Top Glove dengan para pelabur mengumpul keuntungan selepas kedua-dua syarikat gergasi sarung tangan itu mencapai tahap tinggi baharu pada sesi pagi.

Pada rehat tengah hari, petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 18.33 mata atau 1.14 peratus kepada 1,591.61 berbanding 1,609.94 ketika ditutup semalam.

Indeks utama bagaimanapun dibuka kukuh 0.19 mata kepada 1,610.13 dan berlegar antara 1,589.98 dan 1,618.01 sepanjang urus niaga pagi ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran bertukar negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 745 berbalas 255, manakala 386 kaunter tidak berubah, 611 tidak diniagakan dan 56 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.96 bilion unit bernilai RM4.38 bilion.    

Antara 30 syarikat terbesar mengikut saiz pasaran di FBM KLCI, Hartalega turun 50 sen kepada RM19.40 selepas melonjak ke paras tinggi baharu RM20.50 pagi ini, manakala Top Glove jatuh 62 sen kepada RM25.78 selepas mencatatkan paras tinggi RM26.96 awal hari ini.

IHH lebih rendah sebanyak 20 sen kepada RM5.45, Maybank turun 10 sen kepada RM7.73 sementara Public Bank merosot 20 sen kepada RM17.32.

Selain daripada Hartalega dan Top Glove, yang turut berada dalam senarai saham rugi utama termasuklah Petronas Dagangan yang menguncup 76 sen kepada RM20.78, Supermax merosot 56 sen kepada RM18.44, Bursa Malaysia kerugian 48 sen kepada RM9.56 sementara F&N berkurangan 34 sen kepada RM32.10.  

XOX kekal saham paling aktif diniagakan. Ia jatuh 1.5 sen kepada 26.5 sen, MQ Technology lega setengah sen kepada 12.5 sen,  K-One menokok tiga sen kepada 45.5 sen sementara Key Alliance dan Bioalpha, masing-masing kekal pada 10 sen dan 29 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Index merosot 122.76 mata kepada 11,343.74, Indeks FBMT 100 lebih lemah 118.52 mata kepada 11,184.24 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 144.4 mata kepada 13,303.79.

Indeks FBM 70 turut susut 112.76 mata kepada 14,466.12 dan FBM ACE berkurangan 120.74 mata kepada 8,355.84.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.31 mata kepada 140.16, Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah 130.38 mata kepada 13,238.08 dan Indeks Perladangan jatuh 87.46 mata kepada 7,096.90.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In