• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Tahun Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi tahun ini selepas melepasi paras rintangan 1,610 berikutan pembelian pada saat akhir hari ini.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.48 mata atau 0.09 peratus kepada 1,611.42 daripada 1,609.94 ketika ditutup Selasa.

Sebelum ini, paras tertinggi pada tahun ini dicatatkan pada 3 Jan 2020 apabila petunjuk pasaran ditutup kepada 1,611.38.

Pada pembukaan hari ini, indeks utama menokok 0.19 mata kepada 1,610.13 dan berlegar antara 1,589.98 dan 1,618.01 sepanjang hari ini.

Suasana pasaran bagaimanapun kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 685 kepada 398, manakala 411 kaunter tidak berubah, 503 tidak diniagakan dan 56 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 10.53 bilion unit bernilai RM6.95 bilion daripada 11.85 bilion unit bernilai RM7.24 bilion pada Selasa.

Indeks utama disokong terutamanya daripada pembelian saham wajaran tinggi termasuk Petronas Chemicals dan Tenaga yang masing-masing meningkat 14 sen kepada RM6.28 dan RM11.42, Hartalega menokok 22 sen kepada RM20.12, PPB menambah 42 sen kepada RM19.50 dan Nestle naik RM2.20 kepada RM142.00.

Walaupun FBM KLCI melepasi paras 1,610, remisier Maybank Investment Bank Bhd Jeffry Azizi Jaafar berkata peningkatan indeks utama itu dihadkan oleh berita negatif mengenai sekatan terhadap produk Top Glove oleh rangkaian pasaraya terbesar di New Zealand akibat dakwaan penyalahgunaan buruh migran.

“Selain itu, pengumuman pelanjutan moratorium oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut menjejaskan prestasi kaunter berkaitan kewangan berikutan langkah itu akan memberi kesan kepada pendapatan bank,” katanya kepada Bernama.

Muhyiddin hari ini mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan sehingga 31 Dis 2020 bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak pandemik COVID-19 manakala yang selebihnya, kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.

Menurut Perdana Menteri, selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

Bagi kaunter paling untung, Kossan menambah 62 sen kepada RM17.92, Rubberex naik 45 sen kepada RM5.04, Vitrox meningkat 42 sen kepada RM11.84, MPI tinggi 40 sen kepada RM12.70 dan DKSH meningkat 38 sen kepada RM3.47.

Top Glove mencatatkan antara kaunter paling rugi dengan penyusutan 26 sen kepada RM26.14 selepas kemunculan berita negatif itu.

XOX kekal sebagai saham diniagakan paling aktif, menokok 2.5 sen kepada 25.5 sen. Key Alliance dan MQ Technology turun setengah sen masing-masing kepada 9.5 sen dan 12.5 sen, K-One meningkat 4.5 sen kepada 47 sen dan Bioalpha tidak berubah pada 29 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 2.8 mata kepada 11,469.30, Indeks FBMT 100 menokok 5.22 mata kepada 11,307.98 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 17.15 mata kepada 13,465.35.

FBM ACE tinggi 47.29 mata kepada 8,523.87, namun FBM 70 turun 13.54 mata kepada 14,565.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 31.95 mata kepada 13,336.51, Indeks Perladangan jatuh 43.95 mata kepada 7,140.41, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.95 mata kepada 142.42.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.27 bilion saham bernilai RM4.35 bilion berbanding 4.76 bilion saham bernilai RM5.19 bilion pada Selasa.

Jumah dagangan waran turun kepada 1.08 bilion unit bernilai RM455.26 juta daripada 1.14 bilion unit bernilai RM501.60 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turut menyusut kepada 5.17 bilion saham bernilai RM2.13 bilion berbanding 5.93 bilion saham bernilai RM1.54 bilion sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 792.62 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.28 bilion), pembinaan (189.06 juta), teknologi (522.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (79.41 juta), hartanah (379.98 juta), perladangan (82.39 juta), REIT (9.58 juta), dana tertutup (59,000), tenaga (460.60 juta), penjagaan kesihatan (152.87 juta), telekomunikasi dan media (69.22 juta), pengangkutan dan logistik (220.28 juta) dan utiliti (25.90 juta).

— BERNAMA  

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In