• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham DKSH Naik 11 Peratus Susulan Kaitan Vaksin Covid-19

in Catalyst
A A
Saham DKSH Naik 11 Peratus Susulan Kaitan Vaksin Covid-19
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — DKSH Holdings (M) Bhd muncul antara kaunter paling untung di bursa tempatan hari ini, dipacu oleh kaitannya dengan syarikat-syarikat peneraju dalam pembangunan vaksin COVID-19.

Pada 10.14 pagi, DKSH naik 11.11 peratus kepada RM3.10 dengan sebanyak 169,900 saham saling bertukar tangan.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd (PIVB) berkata syarikat tersebut telah meraih beberapa kepentingan perdagangan baru-baru ini, malah pernah menokok 23 peratus pada 22 Julai 2020.

“Pada pendapat kami, ini mungkin disebabkan kaitan hubungan jangka panjang syarikat itu dengan AstraZeneca serta Pfizer – antara perintis dalam pembangunan vaksin COVID-19 selain kemungkinan ia berperanan sebagai cabang pengedaran jika pengeluaran komersial dapat dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kaitan dengan penghasilan vaksin itu (jika ada) mungkin memakan masa panjang dan PIVB sebaliknya melihat aspek pemulihan penggunaan  susulan pembukaan semula aktiviti ekonomi akibat kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta pengurangan kadar faedah.

Firma penyelidikan itu turut meningkatkan saranannya terhadap DKSH kepada ‘Belian Dagangan’ daripada ‘Neutral’ dengan harga sasaran lebih tinggi pada RM3.80 berbanding RM2.65 sebelum ini, berdasarkan 11 kali nisbah harga-kepada-pendapatan yang menghampiri purata dalam tempoh lima tahun.

“Kami akan meningkatkan jangkaan pendapatan bagi unjuran tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020-2022 (FY20F-FY22F) sebanyak empat hingga tujuh peratus bagi pemulihan penggunaan pengguna.

“Selain itu kami turut meningkatkan penilaian pendapatan sesaham bagi unjuran tahun kewangan 2021,” katanya.

Ini, katanya, berikutan kejayaan DKSH memperoleh kerjasama baharu dengan syarikat pengeluar makanan Kraft Heinz dan jenama kopi, Moccona, baru-baru ini.

 — BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In