fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Di Paras Lebih 1,600 Mata Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi hari ini, dipacu aktiviti belian ketara bagi saham-saham pengeluar sarung tangan Hartalega dan Top Glove di tengah-tengah peningkatan semula kes jangkitan COVID-19 di peringkat global.

Pada rehat tengah hari ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 11.14 mata atau 0.70 peratus kepada 1,602.62 daripada 1,591.48 sewaktu pasaran ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka meningkat 3.16 mata kepada 1,594.64 dan berlegar dalam jajaran 1,593.24 hingga 1,606.29 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 557 berbanding 461 manakala 390 kaunter tidak berubah, 601 tidak didagangkan dan 30 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 7.47 bilion unit  bernilai RM4.41 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata peningkatan kes jangkitan baharu COVID-19 dijangka terus memacu momentum belian bagi saham-saham berkaitan sarung tangan serta penjagaan kesihatan.

“Pada masa sama, kami berpendapat bahawa saham teknologi mungkin menarik minat susulan peningkatan semalaman Indeks Komposit NASDAQ (meningkat 1.7 peratus) yang ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, firma pembrokeran itu percaya fasa konsolidasi di bursa tempatan itu akan berpanjangan dan sebarang peningkatan akan dijejaskan oleh aktiviti pengambilan untung.

“Namun, jumlah dagangan yang kekal tinggi itu menunjukkan bahawa peluang masih ketara dalam pasaran secara meluas dan saham-saham berharga rendah, khususnya saham yang disenaraikan di FBM ACE ketika pelabur meneruskan pencarian mendapatkan pulangan pelaburan yang tinggi,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Hartalega meningkat RM1.20 kepada RM19.50, Top Glove menokok 36 sen kepada RM26.24, Nestle untung RM1.90 kepada RM141.00, Hap Seng menambah 17 sen kepada RM8.82 manakala Maxis meraih lima sen kepada RM5.24.

Selain Nestle dan Hartalega, kaunter paling untung adalah DKSH yang menokok 41 sen kepada RM3.20 manakala Rubberex menambah 38 sen kepada RM4.38.

Supermax melonjak RM1.32 kepada RM18.76 manakala sembilan daripada warannya turut mendominasi senarai kaunter paling untung.

Bagi saham aktif, XOX meningkat 3.5 sen kepada 28 sen, AT Systematizaion menambah 1.5 sen kepada sembilan sen manakala Borneo Oil, Key Alliance adan Fintec masing-masing naik setengah sen kepada lima sen, 9.5 sen and 9.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 94.60 mata kepada 11,417.61, Indeks FBMT 100 menambah 93.98 mata kepada 11,253.35 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 144.75 mata kepada 13,369.61.

FBM 70 juga menambah 183.49 mata kepada 14,522.91 manakala FBM ACE melonjak 205.61 mata kepada 8,469.78.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 8.19 mata kepada 7,170.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 1.11 mata kepada 141.23 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 32.55 mata kepada 13,390.63.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

21 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In