• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Lebih 1,600 Mata

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia menutup dagangan hari ini pada paras tertinggi harian, didorong minat terhadap kaunter sarung tangan telah dilonjakkan oleh peningkatan kes COVID-19 baharu di seluruh dunia.

Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 18.46 mata atau 1.16 peratus kepada 1,609.94 daripada 1,591.48 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,594.64 dan bergerak di antara 1,593.24 dengan 1,609.94 sepanjang dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 631 berbanding 500 manakala 393 kaunter tidak berubah, 485 kaunter tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11.85 bilion unit bernilai RM7.24 bilion daripada 11.61 bilion unit bernilai RM6.23 bilion pada Isnin.

Peniaga berkata permintaan di kaunter sarung tangan melonjak selepas laporan kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.

Ghebreyesus dilaporkan berkata kes COVID-19 telah meningkat sekali ganda sejak enam minggu lepas, dengan hampir 16 juta kes dillaporkan kepada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu manakala lebih 640,000 kematian di seluruh dunia.

Sementara itu, Naib Presiden (Penyelidikan) Rakuten Trade Sdn Bhd, Vincent Lau berkata selain kaunter sarung tangan, laporan positif mengenai perkembangan vaksin COVID-19 juga memberi petanda baik bagi kaunter penjagaan kesihatan.

“Keseluruhannya, sentimen pasaran adalah positif, memandangkan kami melihat jumlah dagangan melebihi 11.8 bilion unit hari ini, yang disokong terutamanya oleh minat belian terhadap saham berharga di bawah seringgit yang termasuk ekuiti berkaitan teknologi,” katanya kepada Bernama.

Selepas melepasi paras rintangan 1,600 hari ini, Lau yakin pergerakan indeks utama itu akan meneruskan aliran kenaikan bagi baki tempoh minggu ini.

Antara 30 kaunter yang mempunyai wajaran tinggi ke atas FBM KLCI, pembuat sarung tangan, Hartalega meningkat RM1.60 untuk ditutup pada RM19.90 selepas melonjak kepada paras tertinggi RM19.92 hari ini.

Begitu juga dengan Top Glove yang mencecah paras tertinggi sepanjang masa, RM26.60, hari ini sebelum susut semula 52 sen kepada RM26.40 ketika ditutup.

IHH meningkat 28 sen kepada RM5.65, Petronas Dagangan melonjak RM1.24 kepada RM21.54 sementara Hap Seng menokok 30 sen pada RM8.95.

Saham paling untung pula dikuasai oleh kaunter sarung tangan. Selain Hartalega dan Top Glove, saham yang berada dalam senarai ini ialah Kossan yang menambah 60 sen kepada RM17.30, Rubberex naik 59 sen kepada RM4.59, Supermax meningkat RM1.56 kepada RM19.00 serta beberapa waran opsyen belinya.

Bagi saham aktif, XOX naik 3.5 sen kepada 28 sen, AT Systematization menokok dua sen kepada 9.5 sen, Key Alliance menambah satu sen kepada 10 sen, MQ Technology meningkat tiga sen kepada 13 sen manakala Borneo Oil tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 143.49 mata kepada 11,466.50, Indeks FBMT 100 meningkat 143.39 mata kepada 11,302.76 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 223.33 mata kepada 13,448.19.

FBM 70 melonjak 239.46 mata kepada 14,578.88 dan FBM ACE meningkat 212.41 mata kepada 8,476.58.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 22.25 mata kepada 7,184.36, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.35 mata kepada 141.47 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 10.38 mata kepada 13,368.46.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 4.76 bilion saham bernilai RM5.19 bilion daripada 5.56 bilion saham bernilai RM4.20 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.14 bilion unit bernilai RM501.60 juta daripada 770.38 bilion unit bernilai RM289.80 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula menambah kepada 5.93 bilion saham bernilai RM1.54 bilion daripada 5.27 bilion saham bernilai RM1.74 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 797.15 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.46 bilion), pembinaan (463.74 juta), teknologi (497.91 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (77.27 juta), hartanah ( 298.07 juta), perladangan (124.47 juta), REIT (11.11 juta), dana tertutup (19,100), tenaga (454.38 juta), penjagaan kesihatan (160.65 juta), telekomunikasi dan media (93.07 juta), pengangkutan dan logistik (280.50 juta) dan utiliti (39.97 juta).

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In