• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, seiring dengan prestasi semalaman Wall Street ketika pelabur terus berharap agar kerajaan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan susulan penularan COVID-19.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.61 mata atau 0.29 peratus kepada 1,596.09 daripada 1,591.48 sewaktu pasaran ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka dengan meningkat 3.16 mata kepada 1,594.64.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 323 berbanding 127 manakala 287 kaunter lain tidak berubah, 1.272 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 833.02 juta bernilai RM319.81 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, peningkatan Purata Perindustrian Dow Jones semalam yang menokok 115 mata kepada hampir 26,600 memberi petanda baik untuk pasaran saham tempatan.

“Di peringkat tempatan misalnya, FBM KLCI dijangka terus mendapat sokongan pembelian domestik dan diunjurkan kekal kukuh dengan indeks penanda aras sekitar 1,590 hingga 1,600  hari ini,” katanya menerusi nota penyelidikan hari ini.

Selain itu, Public Investment Bank Bhd sebaliknya menjangkakan indeks utama itu kekal tidak menentu dan mendatar pada 1,580 dan 1,600 dengan kecenderungan untuk susut sekiranya aktiviti jualan berlaku dalam momentum penurunannya.

“Paras sokongan pada 1,515, 1,550 dan 1,580 manakala paras rintangan pada 1600, 1,610 dan 1,622.

“Di pasaran lebih meluas, pedagang dijangka memanfaatkan kelemahan sektor telekomunikasi dan media serta pengangkutan dan logistik,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM7.84, Tenaga meraih empat sen kepada RM11.34, Hartalega menokok 12 sen kepada RM18.42 manakala Public Bank tidak berubah pada RM17.52.

Top Glove sebaliknya turun 12 sen kepada RM25.76 dan menjadi kaunter paling rugi di bursa tempatan setakat ini.

Selain itu, XOX muncul saham paling aktif pada dagangan pagi ini apabila naik naik 3.5 sen kepada 28 sen, Borneo Oil untung setengah sen kepada lima sen, Key Alliance meningkat satu sen kepada 10 sen, Managepay menokok 3.5 sen pada 13.5 sen manakala DGB tidak berubah pada 6.5 sen.

Senarai kaunter paling untung didahului kaunter perladangan seperti United Plantations yang naik 38 sen kepada RM13.92, Genting Plantations menokok 28 sen to RM10.28 dan KLK menambah 20 sen kepada RM24.08.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 45.10 mata kepada 11,368.11, Indeks FBMT 100 naik 38.72 mata kepada 11,198.08 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 60.72 mata kepada 13,285.58.

FBM 70 naik 75.12 mata kepada 14,414.54 dan FBM ACE melonjak 93.30 mata kepada 8,357.47.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 75.57 mata kepada 7,237.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.58 mata kepada 140.70 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.38 mata kepada 13.381.46.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In