Dalam usaha menanam keyakinan pembeli rumah dan memberi mereka peluang memiliki rumah impian dengan mudah, IJM Land memperkenalkan kempen pemilikan fleksibel ‘Now You Can’ untuk bakal pembeli rumah ketika situasi pembiayaan yang sangat mencabar ini akibat pandemik COVID-19.
Berlangsung dari sekarang hingga 31 Oktober 2020, kempen ‘Now You Can’ bertujuan untuk meringankan beban kewangan pembeli rumah di samping membantu mereka memiliki kediaman impian dan menyokong pelaburan mereka.
Sedar bahawa setiap pembeli rumah adalah unik, IJM Land mengambil inisiatif tambahan dalam membangunkan pelan serta penyelesaian yang sesuai demi memenuhi keperluan dan kehendak individu. Perlindungan kewangan juga disediakan sekiranya berlaku kehilangan atau pengurangan gaji – inilah hasrat murni IJM Land untuk membantu lebih ramai orang memiliki impian Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini.
‘Now You Can’ memberi jaminan kepada pembeli rumah dan mendidik mereka tentang prospek pelaburan hartanah pada masa yang mencabar ini, termasuk kadar faedah yang rendah, pelan simpanan yang ideal dan ganjaran yang tinggi.
Perbandaran yang terlibat dalam kempen ini termasuk Pantai Sentral Park di Kuala Lumpur, Bandar Rimbayu, Shah Alam 2 – Alam Suria Enclave dan Seremban 2. Projek-projek lain merangkumi hartanah di seluruh negara seperti Riana Dutamas di Kuala Lumpur, Permatang Sanctuary di Bukit Mertajam, Trehaus dan The Light Waterfront di Pulau Pinang, Bandar Utama di Sandakan, Kuching Riverine Resort di Kuching serta Nasa City, Austin Duta dan Sebana Cove di Johor Bahru.
Pembeli rumah harus mengambil peluang daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2021 kerana mereka akan menikmati faedah dan penjimatan dalam tempoh terhad yang ditawarkan oleh kempen tersebut. Bersempena dengan HOC 2020, pembeli rumah layak mendapat tawaran menarik untuk pelbagai hartanah IJM Land, termasuk rebat khas, pakej perabot rumah, pelan pembayaran sifar faedah, tawaran pindah masuk, yuran guaman pinjaman percuma, serta faedah pengecualian duti setem HOC ke atas MOT sehingga RM1 juta dan duti setem pinjaman sehingga RM2.5 juta, yang mengurangkan kos pemilikan rumah.
Walaupun ramai bakal pembeli rumah bimbang dengan iklim ekonomi semasa, IJM Land memberi jaminan bahawa membeli hartanah masih merupakan satu bentuk pelaburan yang berdaya maju dan boleh dipercayai.
–BERNAMA