• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi dalam dagangan tidak menentu hari ini, berikutan sentimen pelabur terus berhati-hati dengan ketegangan AS-China yang meningkat dan kadar jangkitan COVID-19 yang menunjukkan tiada tanda-tanda berkurangan di peringkat global.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.87 mata kepada 1,591.48 daripada 1,589.61 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks utama, yang dibuka tinggi 5.07 mata kepada 1,594.68, berada antara 1,585.84 dan 1,595.0 sepanjang hari.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 582 berbanding 505, manakala 378 kaunter tidak berubah, 544 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11.61 bilion unit bernilai RM6.23 bilion daripada 9.88 bilion unit bernilai RM5.18 bilion pada Jumaat lepas.  

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Victor Wan berkata kes COVID-19 yang meningkat menyebabkan sentimen dagangan berhati-hati secara menyeluruh.

“Sementara itu, terdapat kekurangan petunjuk pasaran yang baharu untuk peserta pasaran, menyebabkan mereka menunggu pengumuman pendapatan korporat untuk tempoh April hingga Jun bagi hala tuju pelaburan yang seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Secara keseluruhannya, Wan berkata kaunter penjagaan kesihatan dan sarung tangan terus menarik, terutamanya untuk peserta pasaran runcit yang memilih saham berharga rendah.

Daripada saham wajaran tinggi, pengeluar sarung tangan Hartalega naik 62 sen kepada RM18.30 dan rakan industri, Top Glove meningkat 44 sen kepada RM25.44, manakala KLK melonjak RM1.18 kepada RM23.88, Tenaga menambah enam sen kepada RM11.30 dan Sime Darby menokok lima sen kepada RM2.18.

Daripada saham aktif, XOX naik 6.5 sen kepada 24.5 sen, Iris meningkat tiga sen kepada 32.5 sen, PDZ dan Borneo Oil, masing-masing menambah satu sen kepada 16 sen dan 4.5 sen, manakala Nexgram menokok setengah sen kepada enam sen.

Senarai kaunter paling untung didahului oleh Kossan yang melonjak RM2.90 kepada RM16.70. Bursa naik 62 sen kepada RM10.42, didorong oleh jumlah dagangan yang baik melebihi 11 bilion unit hari ini.

Kaunter untung lain termasuklah Careplus yang naik 58 sen kepada RM3.04, Comfort meningkat 53 sen kepada RM4.73 dan Pharmaniaga menambah 38 sen kepada RM4.01.

Indeks FBM Emas naik 50.83 mata kepada 11,323.01, Indeks FBMT 100 meningkat 45.31 mata kepada 11,159.36 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 126.81 mata kepada 13,224.86.

FBM 70 naik 185.14 mata kepada 14,339.42 dan FBM ACE meningkat 366.11 mata kepada 8,264.17.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 47.08 mata kepada 7,162.11, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.47 mata kepada 140.12 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 59.56 mata kepada 13,358.08.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 5.56 bilion saham bernilai RM4.20 bilion daripada 4.06 bilion saham bernilai RM3.59 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran, bagaimanapun, berkurangan kepada 770.38 bilion unit bernilai RM289.80 juta daripada 773.90 juta unit bernilai RM251.70 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 5.27 bilion saham bernilai RM1.74 bilion daripada 5.04 bilion saham bernilai RM1.33 bilion sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.12 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.55 bilion), pembinaan (258.80 juta), teknologi (820.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (41.35 juta), hartanah (239.52 juta), perladangan (209.17 juta), REIT (9.06 juta), dana tertutup (58,000), tenaga (436.56 juta), penjagaan kesihatan (165.18 juta), telekomunikasi dan media (144.60 juta), pengangkutan dan logistik (517.08 juta) dan utiliti (39.44 juta).

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In