fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Lima Catalyst Tumpuan Utama Pelabur Saham Global Pada Minggu Ini (27-31 Julai 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia menepis kebimbangan mengenai ketegangan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dan China dengan mengakhiri sesi pagi ini lebih tinggi, dengan minat belian ke atas kaunter sarung tangan berterusan.

Pada waktu rehat, petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.56 mata, atau 0.29 peratus kepada 1,594.17 daripada 1,589.61 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks utama dibuka 5.07 mata lebih tinggi pada 1,594.68.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kekal positif dengan saham untung mengatasi saham rugi 510 berbalas 448, manakala 392 kaunter tidak berubah,  659 tidak diniagakan dan 28 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 6.31 bilion unit bernilai RM3.34 bilion.

Senarai kaunter untung teratas dikuasai oleh saham sarung tangan dengan didahului oleh Kossan, melonjak RM1.38 kepada paras tertinggi RM15.18. Careplus naik 53 sen kepada RM2.99, Comfort menambah 43 sen kepada RM4.63, Rubberex 34 sen lebih tinggi kepada RM3.92 manakala Pharmaniaga naik 49 sen kepada RM4.12. 

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Hartalega melonjak 30 sen kepada RM17.98 dan Top Glove menokok 34 sen kepada RM25.78.

KLK pula untung RM1.18 kepada RM23.88, IOI Corp dan Tenaga, masing-masing meningkat lapan sen kepada RM4.55 dan RM11.32 sementara Petronas Gas meraih 12 sen kepada RM16.40 dan Dialog menokok empat sen kepada RM3.83.

 Seorang peniaga berkata Malaysia yang kembali mencatatkan kes dua digit untuk COVID-19 telah mencetuskan kebimbangan akan berlakunya gelombang kedua di dalam negara, sekali gus melonjakkan permintaan untuk saham berkaitan sarung tangan.

“Sementara itu, berita kerajaan akan memperkenalkan semula perintah kawalan pergerakan sekiranya bilangan kes COVID mencapai tiga digit, adalah antara sebab mendorong pelabur terus meminati saham berkaitan sarung tangan,” kata beliau.

Malaysia mencatatkan 13 kes baharu COVID-19 pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,897. Negara juga mencatatkan satu kematian ekoran jangkitan virus itu pada Ahad, menjadikan jumlah kematian kepada 124 setakat ini.

Dalam kalangan saham paling cergas, XOX meningkat 3.5 sen kepada 21.5 sen, Iris naik empat sen kepada 33.5 sen, Borneo Oil menambah satu sen kepada 4.5 sen, PDZ pula 1.5 sen lebih tinggi kepada 16.5 sen manakala Bioalpha susut satu sen kepada 28.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 39.13 mata kepada 11,311.31, Indeks FBMT 100 mengukuh 35.49 mata kepada 11,149.54 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 87.48 mata kepada 13,185.53.

Indeks FBM 70 pula melambung 59.39 mata kepada 14,213.67 dan FBM ACE melonjak 340.10 mata kepada 8,238.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 25.97 mata kepada 13,391.66, Indeks Perladangan mengukuh 112.70 mata kepada 7,227.73 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.02 mata kepada 139.67.

–BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In