• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Dibuka Tinggi Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia mengenepikan trend bursa serantau untuk dibuka tinggi pagi ini dengan pelabur kembali ke pasaran, membeli ketika harga saham murah terutamanya saham berkaitan sarung tangan seperti Top Glove dan Hartalega yang mana kedua-duanya mencatatkan kerugian berikutan aktiviti pengambilan untung Jumaat lepas.

Pada pukul 9.05 pagi, penanda aras pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.59 mata atau 0.29 peratus kepada 1,594.20 daripada 1,589.61 ketika ditutup Jumaat lepas.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kembali positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 305 berbalas 168, manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,246 tidak diniagakan dan 28 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 646.61 juta unit bernilai RM330.83 juta.

Keuntungan dalam kalangan saham berwajaran tinggi telah didahului oleh Top Glove yang mengukuh 46 sen kepada RM25.90 dan Hartalega meningkat 14 sen kepadao RM17.82.

Maxis menokok lima sen kepada RM5.30, Tenaga naik lapan sen kepada RM11.32 dan Petronas Dagangan menambah 10 sen kepada RM20.72.

Pencatat untung teratas dikuasai oleh kaunter berkaitan sarung tangan, termasuk Kossan, melonjak 46 sen kepada RM14.26, Careplus melambung 41 sen kepada RM2.87, Comfort lebih tinggi 17 sen kepada RM4.37, Supermax mengukuh 16 sen kepada RM17.30 dan Rubberex meningkat 13 sen kepada RM3.71.

Dalam kalangan kaunter paling cergas, Nexgram meraih setengah sen kepada enam sen, Jadi, Securemetic dan Iris, masing-masing menokok satu sen kepada 10.5 sen, 13.5 sen dan 30.5 sen sementara Eduspec dan Pegasus, kedua-duanya tidak berubah pada lima sen dan 2.5 sen.

Walaupun bursa tempatan menyaksikan keuntungan hari ini, sentimen urus niaga masih lagi dalam kebimbangan ekoran ketegangan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dan China.

Dalam notanya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat kelemahan di bursa tempatan akan berpanjangan kerana para pelabur memilih sikap berhati-hati selepas peningkatan ketara baru-baru ini.

Secara teknikalnya, firma itu mengunjurkan paras halangan FBM KLCI ialah pada 1,615, diikuti dengan 1,630, sementara sokongan pada 1,560 dan 1,530.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 37.58 mata kepada 11,309.76, Indeks  FBMT 100 lebih tinggi 33.39 mata kepada 11,147.44 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 72.36 mata kepada 13,170.41.

Indeks FBM 70 melambung 47.60 mata kepada 14,201.89 dan FBM ACE meningkat 103.14 mata kepada 8,001.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.85 mata kepada 13,411.78, Indeks Perladangan untung 21.94 mata kepada 7,136.97 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.59 mata kepada 140.24.

–BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In