Minggu lepas, empat saham farmaseutikal ‘laku keras’ sehingga menyebabkan saham-saham tersebut telah limit up antaranya ialah Duopharma Biotech Berhad (DPHARMA) dan Pharmaniaga Holdings Berhad (PHARMA) berikutan kenyataan tentang kedua-dua syarikat ini terpilih untuk membungkus vaksin Covid-19.

Bila dah limit up, banyak soalan “boleh beli lagi ke saham ni?” yang diterima.
Limit up berlaku apabila saham tersebut ‘laku keras’ sehingga menyebabkan pergerakan harga saham mencapai hadnya dalam tempoh sehari dagangan.
Kenaikan saham-saham syarikat farmaseutikal ini adalah disebabkan tema pasaran.
Perlu diingatkan bahawa setakat hari ini, vaksin Covid-19 masih belum di temui. April yang lalu, Dr. Anthony S. Fauci menjangkakan vaksin Covid-19 mengambil masa sekurang-kurangnya 12-18 bulan untuk siap digunakan.
Berdasarkan prestasi kewangan suku tahun pertama yang berakhir pada 31 Mac 2020 bagi DPHARMA, syarikat ini melaporkan penambahan pendapatan sebanyak RM 820 juta, naik 4.3% berbanding RM 786 juta berbanding suku tahun pertama 2019. Peningkatan pendapatan ini adalah hasil daripada permintaan oleh kerajaan dan hospital swasta di Malaysia dan Indonesia. Hasil pendapatan ini telah memberikan keuntungan sebanyak RM 22.3 juta. Namun begitu, syarikat ini merekodkan kerugian sebanyak -RM 5.3 juta pada tahun lalu.
Prestasi kewangan yang dilaporkan oleh syarikat PHARMA bagi suku tahun pertama 2020, syarikat ini melaporkan pendapatan sebanyak RM 158.71 juta berbanding suku tahun pertama 2019 RM 150.39 juta. Walaupun terdapat peningkatan pendapatan pada suku tahun pertama 2020, keuntungan suku tahun pertama 2020 ialah RM 17.73 juta manakala RM 13.94 juta bagi suku tahun pertama 2019. Pengurangan keuntungan ini adalah disebabkan pinjaman di dalam pertukaran nilai matawang USD.




Bagi menjawab persoalan “masih boleh beli ke tak”, kajian analisa teknikal menunjukkan kedua-dua syarikat ini sedang membuat pullback yang sihat dan masih berada di dalam jajaran bullish.
Anda boleh lihat dalam carta di atas, DPHARMA kini berada di lantai sokongan (support) yang kuat sekitar RM 2.40 dan berkemungkinan melantun tetapi sekiranya lantai sokongan ini pecah, berkemungkinan harga akan turun ke RM 2.20.
Bagi syarikat PHARMA pula, lantai sokongan yang kuat adalah sekitar RM 3.50 dan sekiranya lantai sokongan ini gagal bertahan, ia akan turun ke RM 3.00.
Sebaiknya tunggu reversal signal untuk entry. Kedua-dua saham ini hanya akan naik lebih tinggi sekiranya berjaya memecahkan rintangan RM 5.12 dan RM 3.60.
Saham kajian ini hanyalah kajian peribadi saya bagi tujuan pendidikan dan bukanlah saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber rujukan:
- The Edge Markets
- The New York Times
- Penyata Kewangan Pharmaniaga Holdings Berhad
- Penyata Kewangan Duopharma Biotech Berhad
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)