fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ketegangan AS-China Menjejaskan Pergerakan Saham Global Pada Minggu Ini

in Catalyst
A A
Ketegangan AS-China Menjejaskan Pergerakan Saham Global Pada Minggu Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pasaran Wall Street pada minggu ini jatuh dalam penutupan pasaran hari Jumaat (24 Julai 2020) berikutan kerugian yang dicatatkan dalam sektor penjagaan kesihatan, teknologi, dan industri.

Dalam penutupan di Bursa Saham New York (NYSE), Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang mengandungi 30 syarikat terbesar dalam bursa saham Amerika Syarikat (AS) jatuh sebanyak 0.68%.

Indeks komposit Nasdaq yang terdiri lebih daripada 2,500 syarikat ditutup rendah 0.94%.

Berkaitan

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

Manakala indeks S&P 500 yang sering dijadikan panduan prestasi keseluruhan ekonomi AS jatuh 0.62% ditutup pada 3,215.63 mata.

Kejatuhan pada akhir sesi dagangan di Wall Street adalah berikutan prestasi pendapatan yang lemah, lonjakan kes positif Covid-19 dan juga ketidaktentuan geopolitik dunia.

Sektor teknologi di ketiga-tiga indeks utama membuat penurunan dua hari berturut-turut. Intel Corp mengetuai penurunan apabila dilaporkan terdapat penangguhan dalam pengeluaran cip yang lebih kecil (7-nanometer).

Setiap daripada tiga indeks utama mencatatkan kerugian apabila mengambil kira sesi dagangan sepanjang minggu ini.

Apa yang menyebabkan ketidaktentuan di keseluruhan pasaran dunia adalah ketegangan terbaru antara Amerika Syarikat dan China di mana arahan penutupan konsulat negara China di Houston pada Selasa (21 Julai 2020). Hasilnya, China bertindak balas mengarahkan penutupan konsulat AS di Chengdu pada Jumaat.

Ketegangan AS-China Memberi Tekanan Kepada Pasaran Asia

Kebanyakan bursa saham Asia juga membuat kejatuhan pada hari Jumaat berikutan ketegangan yang memuncak antara AS dan China. Bukan itu sahaja, penurunan dalam sektor teknologi di Wall Street juga memberi tekanan kepada pasaran Asia pada sesi akhir dagangan minggu ini.

Indeks Hang Seng di Hong Kong ditutup 2.21% lebih rendah, manakala indeks komposit Shanghai di China jatuh 3.86% dan indeks komposit Shenzhen yang terdiri daripada saham-saham small-cap jatuh 5%.

Rentetan daripada arahan penutupan konsulat China di Amerika Syarikat, Beijing bertindak balas mengumumkan penutupan konsulat AS di China selepas beberapa jam Setiausaha Dalam Negeri AS, Mike Pompeo menggesa rakyat China dan semua negara di dunia untuk mengubah sikap Parti Komunis China itu. Ini telah membangkitkan kemarahan China.

Pasaran Malaysia Didagangkan Tidak Menentu

Bursa Malaysia ditutup rendah di seluruh papan dagangan pada hari terakhir sesi dagangan minggu ini. Pada penutupan indeks FBM KLCI jatuh 16.81 mata atau 1.05 peratus kepada 1,589.61 susulan pengambilan untung yang besar di 24 daripada 30 kaunter indeks.

Indeks penjagaan kesihatan meneruskan momentum penurunan apabila susut 3.58 peratus kepada 3,665.70.

Jumlah dagangan merosot kepada 9.88 bilion unit bernilai RM5.18 bilion daripada 12.12 bilion unit bernilai RM6.65 bilion semalam.

Penganalisis ekuiti berkata pengambilan untung wujud apabila nilai saham diyakini telah mencecah paras tinggi tertentu sekali gus mendorong pedagang jangka pendek keluar dari pasaran.

Keyakinan terhadap penghasilan vaksin kini berkurangan selepas diumumkan bahawa vaksin tidak akan tersedia hingga tahun depan. Ini menyebabkan para pelabur menarik diri dari pasaran dan meneliti semula aktiviti mereka.

Bagi saham berwajaran tinggi, aliran menurun didahului Top Glove yang jatuh 68 sen kepada RM25.44, diikuti Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM6.26, Hartalega kurang 32 sen kepada RM17.86. Petronas Dagangan menguncup 94 sen kepada RM20.62 dan Public Bank susut 20 sen kepada RM17.72.

Antara saham aktif, Nexgram naik 1.5 sen kepada enam sen, disokong oleh pelancaran projek COVID-19 dengan Majlis Pelancongan Malaysia dan kontrak untuk menjual peralatan pelindung diri di Indonesia.

Iris Corporation merupakan saham paling aktif, naik empat sen kepada 29.5 sen memandangkan syarikat menyasarkan untuk menjadi pembekal utama bagi kad pengenalan.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 97.00 mata kepada 13,417.64, Indeks Perladangan kurang 4.81 mata kepada 7,115.03 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menguncup 1.97 mata kepada 139.65.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.06 bilion saham bernilai RM3.59 bilion daripada 4.24 bilion saham bernilai RM4.21 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 773.90 juta unit bernilai RM251.70 juta daripada 675.45 juta unit bernilai RM230.79 pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula susut kepada 5.04 bilion saham bernilai RM1.33 bilion daripada 7.20 bilion saham bernilai RM2.20 bilion.

Sumber Rujukan:

  • https://www.investing.com/
  • https://www.marketwatch.com/
  • https://www.straitstimes.com/global
  • https://www.bernama.com/en/

Share210ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

3 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

3 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

3 days ago
Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?
Catalyst

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.90 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In