fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sesi Awal Bursa Malaysia Saksi Dagangan Tidak Menentu

in Market Update
A A
Indeks Penjagaan Kesihatan Meningkat, KLCI Susut Sedikit
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia berehat seketika pada sesi awal pagi ini untuk dibuka rendah sedikit selepas mencatatkan keuntungan menggalakkan semalam dengan urus niaga tidak menentu. 

Bagaimanapun, untuk indeks secara keseluruhannya, Pasaran ACE masih lagi merekodkan momentum positif dengan mengukuh 0.42 peratus, sebaliknya, kaunter kegemaran para pelabur iaitu kaunter-kaunter penjagaan kesihatan merosot 1.92 peratus.

 Pada 9.03 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.63 mata kepada 1,604.79 berbanding 3.12 mata ketika dibuka.

Kaunter untung dan rugi mencatatkan jumlah yang sama iaitu 200, manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,324 tidak diniagakan dan 16 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 843.65 juta unit bernilai RM241.81 juta.

Seorang penganalisis berkata, pasaran secara keseluruhannya akan terus menjadi permintaan bagi saham murah kerana prospek lebih cerah bagi mereka untuk berhadapan dengan gelombang COVID-19 terutamanya saham teknologi.

“Berbanding saham mewah terutamanya perbankan yang telah tertekan sejak awal tahun ini, para pelabur menjangkakan pulangan yang kecil tetapi tinjauan masa depannya nampak kukuh,” kata beliau.

Di FBM KLCI, Malacca securities berkata momentum positif indeks utama akan terus dipacu oleh prestasi kukuh saham berwajaran tinggi kaunter pembuat sarung tangan seperti Hartalega dan Top Glove.

Bagaimanapun, keuntungan boleh terbatas dek kelemahan prestasi semalaman Wall Street yang mungkin boleh menjejaskan ekuiti Asia.

Pada awal dagangan, Hartalega dan IHH, masing-masing susut lapan sen dan lima sen kepada RM17.90 dan RM5.35. 

Kaunter perbankan, Public Bank turut menyaksikan penurunan sebanyak empat sen kepada RM17.88 manakala kumpulan CIMB dua sen lebih rendah kepada RM3.64. 

Lebih separuh daripada indeks dibuka tanpa diniagakan.

Dalam kalangan saham paling cergas, kauunter teknologi NETX meningkat setengah sen kepada 1.5 sen, manakala Eduspec dan Vivocom, kedua-duanya kekal pada dua sen dan 3.5 sen tetapi mencatatkan transaksi sebanyak 300 juta.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 14.39 mata kepada 11,368.19, Indeks FBMT 100 susut 12.51 mata kepada 11,213.52 dan Indeks FBM Emas Shariah Iemah 18.63 mata kepada 13,211.57.

Indeks FBM 70 turun 20.27 mata kepada 14,254.60 dan FBM ACE menokok 31.77 mata kepada 7,940.62.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 8.68 mata kepada 13,505.95, Indeks Perladangan mengukuh 8.03 mata kepada 7,127.87 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.06 mata kepada 141.68.

— BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

21 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In