fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dengan Kaunter Penjagaan Kesihatan Jatuh 3.58%

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah di seluruh papan hari ini berikutan pasaran mengalami penurunan sementara setelah harga mencatatkan beberapa siri kenaikan, berbanding peningkatan semalam.

Pada penutupan, petunjuk pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 16.81 mata atau 1.05 peratus kepada 1,589.61 susulan pengambilan untung yang besar di 24 daripada 30 kaunter indeks.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 718 berbanding 383 manakala 371 kaunter tidak berubah, 528 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Indeks penjagaan kesihatan meneruskan momentum penurunan apabila susut 3.58 peratus kepada 3,665.70.

Jumlah dagangan merosot kepada 9.88 bilion unit bernilai RM5.18 bilion daripada 12.12 bilion unit bernilai RM6.65 bilion semalam.

Penganalisis ekuiti berkata pengambilan untung wujud apabila nilai saham diyakini telah mencecah paras tinggi tertentu sekali gus mendorong peserta jangka pendek mencairkan pegangan masing-masing dalam pasaran

“Daripada perspektif indeks penjagaan kesihatan, saham di bawah indeks ini telah mencatatkan kenaikan yang stabil bagi jangka panjang.

“Susulan optimisme vaksin kini berkurangan selepas diumumkan bahawa vaksin tidak akan tersedia hingga tahun depan, para pelabur menarik diri dari pasaran dan meneliti semula penilaian mereka,” katanya.

Bagi saham berwajaran tinggi, aliran menurun didahului Top Glove yang susut 68 sen kepada RM25.44, diikuti Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM6.26, Hartalega kurang 32 sen kepada RM17.86. Petronas Dagangan menguncup 94 sen kepada RM20.62 dan Public Bank susut 20 sen kepada RM17.72.

Antara saham aktif, Nexgram naik 1.5 sen kepada enam sen, disokong oleh pelancaran projek COVID-19 dengan Majlis Pelancongan Malaysia dan kontrak untuk menjual peralatan pelindung diri di Indonesia.

Iris Corporation merupakan saham paling aktif, naik empat sen kepada 29.5 sen memandangkan syarikat menyasarkan untuk menjadi pembekal utama bagi kad pengenalan.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 110.40 mata kepada 11,272.18, Indeks FBMT 100 susut 111.98 mata kepada 11,114.05 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 132.15 mata kepada 13,098.05.

FBM 70 kurang 120.59 mata kepada 14,154.28 dan FBM ACE turun 10.79 mata kepada 7,898.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 97.00 mata kepada 13,417.64, Indeks Perladangan kurang 4.81 mata kepada 7,115.03 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menguncup 1.97 mata kepada 139.65.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.06 bilion saham bernilai RM3.59 bilion daripada 4.24 bilion saham bernilai RM4.21 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 773.90 juta unit bernilai RM251.70 juta daripada 675.45 juta unit bernilai RM230.79 pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula susut kepada 5.04 bilion saham bernilai RM1.33 bilion daripada 7.20 bilion saham bernilai RM2.20 bilion.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 800.90 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (646.36 juta), pembinaan (314.54 juta), teknologi (902.08 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (44.34 juta), hartanah (250.29 juta), perladangan (232.68 juta), REIT (8.71 juta), dana tertutup (36,600), tenaga (357.93 juta), penjagaan kesihatan (137.79 juta), telekomunikasi dan media (59.11 juta), pengangkutan dan logistik (280.63 juta) serta utiliti (27.70 juta).

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In