• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Aurora Italia Disenarai Di Pasaran LEAP Pada Premium 13 Sen

in Berita
A A
Aurora Italia Disenarai Di Pasaran LEAP Pada Premium 13 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Jenama barang kemas premium, Aurora Italia International Bhd disenaraikan di Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia pada 13 sen, premium 3 sen mengatasi tawaran awam permulaannya (IPO) pada 10 sen.

Pada pembukaan, 20,000 saham syarikat itu diniagakan.

Syarikat itu mengumpul RM3.1 juta daripada IPOnya dengan RM1.86 juta atau 60.8 peratus akan digunakan untuk membuka tiga kedai konsep runcit baharu di China, Hong Kong dan Thailand untuk menyokong perniagaannya.

Syarikat itu juga akan membelanjakan RM0.2 juta (6.5 peratus) yang diperoleh daripada langkah penempatan itu untuk membeli sistem pengurusan runcit dan jualan baharu bagi mengukuhkan operasi runcit di pelbagai lokasi dan saluran pengedaran.

Baki RM1 juta atau 32.7 peratus akan digunakan untuk menampung jumlah anggaran perbelanjaan bagi penyenaraian itu.

Syarikat itu dijangka mempunyai modal pasaran kira-kira RM30.6 juta berikutan penambahan modal saham sebanyak 306.05 juta.

Pengarahnya Datuk Loius Ng berkata syarikat itu bercadang mengembangkan kedai dalam taliannya untuk merangsang pertumbuhan kumpulan itu pada tahun depan.

“Pandemik COVID-19 mendorong peningkatan jualan bagi perniagaan e-dagang berikutan orang ramai mengubah tabiat berbelanja kepada platform dalam talian.

“Kini kita menyaksikan peningkatan 100 peratus jualan beli-belah dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan berbanding 50 peratus jualan runcit dan 50 peratus jualan dalam talian sebelum pandemik itu berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyenaraian itu di sini hari ini.

Ng berkata kerjasama dengan Swarovski, Disney and Marvel untuk penjenamaan bersama telah mendorong pembelian pengguna menerusi platform e-dagang tempatan dan antarabangsa seperti PG Mall, Lazada, Zalora, 11Street dan gabungan pemasaran yang lain.

“Pada 2019, kami menjalankan kerjasama penjenamaan semula dengan jenama-jenama besar ini selain turut mengembangkan rangkaian produk kami. Malah, kami turut menyasarkan pasaran tempatan seperti BoBoiBoy,” katanya.

Aurora Italia yang diasaskan pada 2017 menjual rangkaian barang kemas antaranya di Malaysia,  Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia, Hong Kong, Timur Tengah (Dubai, Iran, Qatar) dan Singapura.

Di Malaysia, setakat ini ia beroperasi di kedai konsep runcit di Gurney Plaza (Pulau Pinang), Mid Valley Megamall (Kuala Lumpur) dan Suria Sabah (Sabah).

Menurut memorandum maklumat di Bursa Malaysia bertarikh 13 Julai,  Aurora Italia mencatatkan keuntungan bersih RM2.17 juta dan hasil RM12.04 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac, 2020.

— BERNAMA

Share239ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

9 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In