• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

PNB Lancar Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia

in Berita
A A
PNB Lancar Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan Raiz, aplikasi mudah alih pelaburan mikro pertama Malaysia, yang membolehkan rakyat negara ini melabur dengan nilai bermula serendah RM5.

Semasa pelancaran Raiz secara maya hari ini, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata pihaknya menyasarkan lebih 60,000 pendaftaran bagi aplikasi itu menjelang akhir 2020 dan ia kini mempunyai 15,000 pengguna.

Aplikasi inovatif itu dibangunkan oleh Raiz Malaysia Sdn Bhd, syarikat usaha sama 30:70 di antara anak syarikat PNB, Jewel Digital Ventures Sdn Bhd dengan Raiz Invest Australia Ltd (Raiz Invest) iaitu unit Raiz Invest Ltd yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia (ASX).

Beliau berkata warga Malaysia boleh memuat turun, mendaftar dan menggunakan aplikasi itu untuk mula melabur dengan nilai serendah RM5 dalam akaun masing-masing.

“Ini merupakan perkembangan semula jadi bagi usaha capaian PNB untuk memastikan produk unit amanah kami boleh diakses secara mudah oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata aplikasi itu merupakan satu lagi inisiatif yang memanfaatkan pengalaman digital untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan dan melabur.

“Susulan pelancaran aplikasi Raiz, dan dengan lebih 90 peratus rakyat Malaysia kini menggunakan telefon pintar, ini bermakna hampir semua orang boleh mula melabur secara mudah menerusi kaedah ini.

“Seperti kata peribahasa, berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit. Dalam era teknologi masa kini, kita tidak perlu lagi menyimpan duit dalam tabung syiling, sebaliknya, kita dapat melakukannya dengan Raiz,” katanya dalam ucapan.

Beliau berkata untuk memudahkan usaha itu, Raiz Malaysia telah memeterai perkongsian eksklusif dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) untuk membolehkan pengguna aplikasi Raiz menghubungkan aplikasi itu dengan kad debit Maybank masing-masing.

“Pada peringkat awal, kami bermula dengan Maybank memandangkan capaiannya kepada pelanggan adalah luas.

“Tahun depan, Raiz akan tersedia untuk kerjasama dengan bank lain dan kami mengalu-alukan lebih banyak kerjasama daripada institusi perbankan dan penyedia e-dompet lain untuk menjadi sebahagian usaha ini, kerana agenda kita ialah menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan dan melabur walaupun dalam nilai wang yang kecil,” katanya.

PNB menerusi kenyataan berasingan berkata Raiz merupakan aplikasi mudah alih pelaburan mikro yang memanfaatkan duit baki secara maya daripada pembelian harian pengguna untuk melabur dalam dana harga berubah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) secara proaktif berdasarkan portfolio pelaburan peribadi masing-masing.

“Ia adalah cara unik untuk pengguna memanfaatkan sepenuhnya setiap sen yang dibelanjakan dengan bakinya boleh disimpan dan dilabur,” katanya.

Selain daripada pelaburan yang dibundarkan, pengguna boleh memilih untuk melabur secara pelaburan sekali gus dan pelaburan berulang.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In