fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

KLCI Cecah Paras 1,600 Dengan Jumlah Dagangan Lepasi 12 Billion Unit

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Kaunter Tenaga Susut
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Peningkatan kes COVID-19 yang berterusan di seluruh dunia serta kebimbangan berlakunya satu lagi gelombang jangkitan telah mendorong kaunter pengeluaran sarung tangan di Bursa Malaysia didagangkan lebih tinggi, sekali gus melonjakkan bursa tempatan.

Indeks petunjuk Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), meraih keuntungan besar dengan meningkat 19.44 mata kepada 1,606.42, mencecah paras halangan terdekat pada 1,600 mata.

Indek utama bergerak antara 1,585.45 dan 1,607.80 sepanjang sesi dagangan.

Untuk pergerakan harga keseluruhan pasaran, kaunter untung mendahului rugi dengan 599 berbalas 452, manakala 422 kaunter tidak berubah, 514 tidak diniagakan dan 16 lain digantung.

Jumlah dagangan masih lagi menggalakkan, menyaksikan 12.12 bilion unit dengan nilai transaksi RM6.65 bilion, kali kedua tertinggi untuk minggu ini selepas mencatatkan rekod tinggi pada Isnin dengan 12.49 bilion saham bernilai RM6.64 bilion. 

Seorang penganalisis berkata jumlah transaksi yang tinggi itu dipacu terutamanya oleh kaunter sarung tangan getah serta kaunter-kaunter aktif yang disenaraikan di pasaran ACE.

“Untuk dua hari berturut-turut, kaunter yang baharu disenaraikan mencatatkan prestasi mengagumkan. Hari ini, syarikat pembinaan TCS melonjak 22 sen untuk ditutup kepada 45 sen,” kata beliau.

Selain daripada itu, saham cergas yang lain seperti BioAlpha, XOX dan PDZ serta peneraju pasaran sarung tangan TopGlove dan Careplus turut membantu menolak naik jumlah dagangan di pasaran.

“Ini menunjukkan pasaran tempatan masih menarik untuk pelabur institusi, runcit dan asing kerana prospek ekonomi kekal kukuh,” kata beliau.

Dalam pada itu, dari segi teknikal, beliau berkata memandangkan indeks utama telah mencecah paras 1,600 disokong oleh belian hebat kaunter TopGlove dan Hartalega, prestasi ini dijangka berterusan.

“Paras sokongan terdekat telah dinaikkan kepada 1,590 dan halangan terdekat kini ialah 1,615.0,” tambah beliau.

Top Glove dan Hartalega terus menyerlah, masing-masing mengukuh RM1.42 dan  62 sen kepada RM26.12 dan RM18, secara bersama menolak naik indeks komposit sebanyak 11.97 mata.

Petronas Chemicals menambah 20 sen kepada RM6.41 dan CIMB Group naik 11 sen kepada RM3.66. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 122.29 mata kepada 11,382.58, Indeks FBMT 100 melambung 125.35 mata kepada 11,226.03 dan Indeks FBM Emas Shariah meraih 168.66 mata kepada 13,230.20.

Indeks FBM 70 pula melonjak 117.79 mata kepada 14,274.87 dan Indeks FBM ACE 234.81 mata lebih tinggi kepada 7,908.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 79.93 mata kepada 13,514.64, Indeks Perladangan naik 87.45 mata kepada 7,119.84 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.75 mata kepada 141.62.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 4.24 bilion saham bernilai RM4.21 bilion berbanding 5.61 bilion saham bernilai RM3.94 bilion semalam.

Sementara itu, jumlah dagangan waran mengukuh kepada 675.45 juta unit bernilai RM230.79 juta berbanding 544.67 juta unit bernilai RM176.49 juta pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 7.20 bilion saham bernilai RM2.20 bilion daripada 3.21 bilion saham bernilai RM770.20 juta semalam.

Produk pengguna dan perkhidmatan menguasai 804.65 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.07 bilion), pembinaan (197.00 juta), teknologi (387.77 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (37.19 juta), hartanah (247.67 juta), perladangan (100.15 juta), REIT (15.28 juta), dana tertutup (67,300), tenaga (393.66 juta), penjagaan kesihatan (258.86 juta), telekomunikasi dan media (68.05 juta), pengangkutan dan logistik (633.64 juta) dan utiliti (23.23 juta).

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

24 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In