• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Indeks Pembinaan Meningkat, Atasi Kaunter Penjagaan Kesihatan

in Market Update
A A
Saham Perbankan Meningkat Berbanding Penurunan Semalam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Julai  (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia menyaksikan kaunter pembinaan melonjak 2.11 peratus setakat sesi tengah hari ini, mendahului saham penjagaan kesihatan yang telah memperlihatkan peningkatan ketara di bursa tempatan itu sejak minggu lepas.

Pada waktu rehat, kaunter untung adalah sebanyak 258 manakala kaunter rugi 449 manakala 431 kaunter tidak berubah, 649 tidak diniagakan dan 16 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 7.48 bilion unit bernilai RM3.52 bilion.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 10.49 mata lebih tinggi kepada 1,597.43 berbanding 1,586.98 ketika ditutup semalam.

Pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove mengukuh 56 sen kepada RM25.26 sementara Hartalega menokok 20 sen kepada RM17.58, sekali gus menolak naik indeks komposit sebanyak 4.42 mata.

Syarikat pembinaan, TCS Group yang membuat kemunculan pertama di Pasaran ACE Bursa hari ini, diniagakan pada 27 sen daripada harga tawaran 23 sen, manakala Gamuda meraih 17 sen kepada RM3.57.

Peningkatan dalam kaunter pembinaan ini boleh dikaitkan dengan pengumuman kerajaan yang ia tidak akan mengubah struktur rakan penghantaran projek bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Ini diikuti dengan keputusan kerajaan negeri Melaka yang telah mengenal pasti tapak baharu untuk stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura di negeri itu.

“Ini menunjukkan projek-projek pembinaan utama oleh kerajaan akan diteruskan walaupun ada kebimbangan ekoran pertukaran dalam pentadbiran sebelum ini,” kata seorang penganalisis.

Dalam kalangan saham paling cergas, Bioalpha mengembang 9.5 sen kepada 27.5 sen dan Boustead susut 1.5 sen kepada 75.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 46.18 mata kepada 11,306.47, Indeks FBMT 100 menambah 44.03 mata kepada 11,144.71 dan Indeks FBM Emas Shariah lebih tinggi 75.35 mata kepada 13,136.89.

Indeks FBM 70 menokok 60.84 mata kepada 14,217.92 dan FBM ACE jatuh 0.62 mata kepada 7,673.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.24 mata kepada 13,440.95, Indeks Perladangan melonjak 32.37 mata kepada 7,064.76 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.58 mata kepada 140.45.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In