• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Industri Minyak Sawit Dijangka Pulih Sepenuhnya Pada Suku Keempat 2020

in Berita
A A
Industri Minyak Sawit Dijangka Pulih Sepenuhnya Pada Suku Keempat 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Industri minyak sawit dijangka pulih sepenuhnya pada suku keempat tahun ini sekiranya pandemik COVID-19 dapat dikawal dan dikekang, kata Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC),

CPOPC yakin peningkatan dalam pasaran mungkin akan berlaku susulan dasar monetari yang longgar dilaksanakan kebanyakan bank-bank pusat dan pakej rangsangan kerajaan.

“CPOPC kekal optimis bahawa pemulihan harga minyak sawit dijangka berlaku pada separuh kedua tahun 2020 kerana penggunaan komoditi itu di peringkat global yang semakin baik dan penurunan pengeluaran selepas penularan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia mengunjurkan harga minyak sawit mentah (MSM) akan mencecah RM2,594 satu tan metrik pada separuh kedua tahun 2020 dan mencapai purata RM2,337 untuk tahun ini.

Pembukaan pasaran utama secara beransur-ansur pasca-COVID-19 mulai Jun, 2020 juga diharapkan dapat menaikkan harga komoditi tersebut.

Minyak sawit adalah barangan keperluan harian untuk pengeluaran makanan dan peralatan mandian, manakala negara-negara yang dijangka akan mula mengimport dan menyimpan bekalan mereka terutama China dan India, katanya.

Menurut CPOPC, dorongan untuk menggunakan lebih banyak minyak sawit dalam bio bahan api terutama oleh Indonesia merupakan langkah terbaik bagi stok simpanan yang rendah, harga lebih tinggi dan harga diskaun MSM berbanding minyak sayur-sayuran juga adalah faktor tambahan yang positif..

Bagi pengeluaran daripada dua pengeluar minyak sawit terbesar di dunia; Indonesia dan Malaysia, ia berkata output dijangka lebih rendah tahun ini kerana cuaca kering tahun lepas dan pengurangan penggunaan baja serta bekalan tenaga kerja yang rendah sekarang.

Ancaman cuaca La Nina pada separuh kedua tahun ini juga akan menghalang prospek peningkatan pengeluaran.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

6 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

8 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

8 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In